PELAKON Amyra Rosli memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga.Berita gembira itu dikongsikan menerusi sebuah video bersempena sambutan hari lahir suaminya, pelakon Amar Baharin. Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 35, dilihat menggenggam kit ujian kehamilan sebelum menunjukkan keputusan tersebut kepada Amar.Amyra (kanan) membuat kejutan pada hari lahir Amar (kiri).Reaksi Amar yang terkejut dan gembira sebaik mengetahui isterinya sedang berbadan dua turut mencuri perhatian warganet.Dalam pada itu, Amyra turut menitipkan ucapan penuh bermakna buat suaminya sempena ulang tahun kelahirannya."Selamat Hari Lahir kepada lelaki yang paling bermakna dalam hidup kami, Amar. ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli keguguran, alami ‘chemical pregnancy’ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli dah kerja seperti biasa, tak perlu berpantang selepas keguguran"Semoga Allah terus membimbingmu, melindungimu, memberkati setiap langkahmu dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan, kesihatan, rezeki, pekerjaan serta keluarga."Semoga cinta kita sentiasa mendekatkan kita kepada Allah sehingga kita dipertemukan kembali di Jannatul Firdaus, insya-Allah," katanya. Untuk rekod, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 2 November 2016.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 8, dan Ayra Aryssa, 5 tahun. Pada Disember 2024, Amyra pernah berkongsi hasrat untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian selepas mengalami keguguran akibat kehamilan kimia (chemical pregnancy).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!