PENYANYI Den Manjo, tidak menyangka single terbaharunya bersama Eda Ezrin berjudul Adek Saye Abe Sore sekali lagi mencetuskan fenomena apabila tular di platform TikTok.Den atau Mohamad Hafizzudin Md Yusof, 30, berkata lagu ciptaan Eddie Hamid dan Mekiya dengan lirik oleh Fadhil Turbo, Anna, Jaju dan Te Ha itu ialah satu kejayaan yang disifatkan sebagai satu rezeki buat mereka. “Apabila kami tampil dengan single baharu berjudul Adek Saye Abe Sore dan sekali lagi memasuki senarai For You Page (FYP) di TikTok, saya anggap ia sebagai satu rezeki.“Rezeki bukan sahaja untuk saya dan Eda, malah untuk komposer, Eddie serta seluruh pasukan. Den bersyukur lagu dialek Kelantan diterima ramai.“Saya rasa bangga kerana sekali lagi lagu kami tular dan menjadi fenomena, bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di seluruh Malaysia,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Den mengakui kejayaan sesebuah lagu bukan sesuatu yang boleh dijangka memandangkan banyak lagu dialek Kelantan diterbitkan, namun tidak semuanya mendapat sambutan luar biasa.Kata Den, selain faktor rezeki, kekuatan melodi serta kesesuaian lirik turut memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah lagu diterima ramai.ARTIKEL BERKAITAN: Eddie Hamid sanggup tunggu Eda Ezrin, enggan lepaskan lagu ‘Adek Saye Abe Sore’ kepada penyanyi lainARTIKEL BERKAITAN: Konsert Kelate Ke KL 2026 peluang penyanyi wanita Kelantan beraksi di pentas besar“Nak kata mudah tak juga. Banyak lagu dialek Kelantan yang sudah dikeluarkan tetapi bukan semuanya berjaya memasuki FYP.“Mungkin orang panggil keserasian, tetapi bagi saya paling utama ialah rezeki. Selain itu, faktor melodi dan kesesuaian lirik yang ditulis juga memainkan peranan.“Apabila melodi dan lirik saling melengkapi, barulah sesebuah lagu itu benar-benar menjadi,” ujarnya.Mengulas mengenai kemungkinan tampil dengan lagu solo pada masa depan, Den berkata dia dan Eda Ezrin masih belum membuat sebarang keputusan kerana selesa dengan konsep duet yang mendapat sambutan hangat.Den tidak menyangka lagu duet bersama Eda (kiri) sekali lagi menjadi fenomena.Bagaimanapun, katanya, mereka terbuka sekiranya menerima tawaran daripada komposer lain untuk merakamkan lagu secara solo."Setiap orang ada pandangan sendiri, setakat ini kami belum buat keputusan untuk keluarkan lagu solo. "Tapi kalau ada komposer nak bagi lagu solo pada Eda atau saya, kami terima saja. Kami tidak terikat hanya menyanyi untuk lagu duet saja," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!