suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Minta maaf ya" - Hanya ini jawab Harith Iskander selepas disaman Rosmah Mansor

Harith hanya memberi komen ringkas ketika dihubungi.

PELAWAK dan pelakon Harith Iskander memilih untuk tidak memberi komen panjang berhubung kes saman melibatkan dirinya yang difailkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menjawab secara ringkas, Harith, 60, memohon maaf kerana tidak boleh memberi sebarang ulasan memandangkan kes berkenaan masih dalam proses mahkamah.

"Oleh kerana kes ini sedang dalam proses mahkamah, saya tidak dapat memberi sebarang komen buat masa ini.

"Minta maaf ya," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Harith Iskander (kiri) enggan mengulas panjang mengenai saman yang dikemukakan oleh Rosmah.

Sebelum ini, media melaporkan Rosmah memfailkan tuntutan saman pada 9 Jun, mendakwa Harith menghina rupa paras dan fizikalnya dalam salah satu persembahan komedi Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour di Melaka pada Januari lalu.

Menurut Rosmah, Harith sengaja mencemarkan reputasinya menerusi paparan visual yang memaparkan imej makhluk halus sebelum gambarnya ditayangkan.

Rosmah mendakwa, sebelum berbuat demikian, Harith Iskander memberitahu penonton bahawa seseorang yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan yang gelap akan 'melihat sesuatu yang menakutkan'.

Menurut Rosmah, ia sekali gus jelas menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang menakutkan dan mengaitkan plaintif dengan makhluk halus.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara jenaka ‘jalan gelap dan cermin pandang belakang’, Rosmah saman Harith Iskander! Dakwa dikaitkan figura menakutkan 

ARTIKEL BERKAITAN: Individu buat ugut bunuh terhadap Harith Iskander ditahan

Sehubungan itu, Rosmah menuntut Harith membuat permohonan maaf tanpa syarat selain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Sementara itu, Harith dalam pernyataan pembelaannya menafikan persembahan tersebut dilakukan dengan niat jahat atau berunsur fitnah.

Menurut Harith, saman yang difailkan Rosmah banyak bergantung kepada dua klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @mayychan0303, sedangkan rakaman itu tidak menggambarkan keseluruhan persembahan yang berlangsung selama kira-kira 90 minit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain