SEORANG lelaki berusia 31 tahun ditahan pihak berkuasa kerana disyaki membuat ancaman bunuh dan terhadap pelawak Harith Iskandar dan keluarganya. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain yang memaklumkan suspek direman sehingga 28 Januari bagi membantu siasatan. “Lelaki itu mengugut dengan nada kasar dan ingin membunuh pelawak terbabit. Dr Jezamine (kanan) membuat laporan polis selepas menerima ugutan. “Pengurus kepada pelawak itu menerima mesej gambar anak yang mengandungi mesej berbaur ugutan," katanya. Penahanan lelaki tersebut susulan laporan polis yang dibuat oleh Dr Jezamine Lim iaitu bekas isteri Harith dan turut bertindak sebagai pengurus kerjaya pelawak itu. Laporan berkenaan dibuat pada pukul 7.31 malam pada Jumaat di Balai Polis Dang Wangi. ARTIKEL BERKAITAN: Terima ugutan bunuh punca Harith Iskander batal persembahan di DFP, bimbang keselamatan anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP batal Menurut Razarudin, Harith menerima dua ugutan sejak Selasa lalu dipercayai disebabkan kenyataan berkaitan isu ‘ham’ yang pernah dibuat sebelum ini. Pihak polis turut merampas telefon bimbit suspek bagi membantu siasatan. Harith membuat keputusan untuk batalkan jadual persembahan pada Jumaat. Suspek kini direman dan disiasat di bawah Seksyen 506, menyentuh kesalahan menakutkan secara jenayah, dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) mengenai perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang. Dr Jazemine sebelum ini memaklumkan dia dan Harith terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan persembahan 'Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter' yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Sabtu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Keputusan tersebut dibuat selepas keluarga mereka menerima ugutan ancaman bunuh daripada individu yang tidak dikenali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!