suria

Tengah laris bukan alasan abai tanggungjawab, anak tetap keutamaan Fattah Amin

Fattah sentiasa mencari waktu untuk meluangkan masa bersama Fatima.

DILIHAT sibuk dengan pelbagai aktiviti seni sejak bercerai, pelakon Fattah Amin menyangkal sudah lama tidak bertemu dengan anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, sebaliknya tidak pernah menggunakan alasan sibuk bagi mengelak meluangkan masa bersama anaknya.

"Kalau ada kata saya sibuk sampai tak jenguk anak, itu tidak benar. Saya sentiasa menghubungi dan mencari masa untuknya sebab Fatima tanggungjawab saya.

"Jadual kerja sudah disusun lebih awal sama juga tarikh melawat anak.

fattah2 - 1

Fattah tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

"Tiada istilah saya sibuk sampai tidak ada waktu meluangkan masa bersama anak," katanya kepada mStar.

Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran butik Amber yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fattah memberitahu dia tidak dapat menahan sebak apabila Fatima, 5, memberitahu bermimpi dirinya disebabkan merinduinya.

"Apa membuatkan saya sedih apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy (panggilan Fattah).

ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada istilah menunggang" - Fattah Amin tak jaja kisah peribadi, sudah tertulis rezeki murah selepas bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tersentuh tengok video Fattah luang masa bersama anak... "Daddy tak kisah dukung Fatima walau dah besar"

"Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh," ujarnya.

Berkongsi soal hak penjagaan, Fattah memberitahu atas persetujuannya bersama bekas isteri iaitu Nur Fazura, dia dibenarkan bertemu dan bermalam dengan Fatima mengikut jadual ditetapkan.

Meskipun pertemuan mereka tidak lagi sama seperti sebelum ini, namun Fattah tetap bersyukur dapat meluangkan masa bersama anak.

"Alhamdulillah atas persetujuan ada masanya saya dapat jumpa dengan anak.

Kalau ada kata saya sibuk sampai tak jenguk anak, itu tidak benar.

FATTAH AMIN

PELAKON

"Kalau ikutkan dalam sebulan saya boleh empat malam bersama Fatima dan dalam seminggu saya ada tiga hari untuk melawatnya.

"Berbezalah dulu saya sentiasa bersamanya tapi Alhamdulillah saya masih dapat berjumpa dengan anak dan doakanlah agar saya dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa," katanya.

Sebelum ini, Fattah mencuri tumpuan apabila memuat naik foto bersama Fatima dan meminta anak perempuannya itu untuk tidak bersedih kerana dapat bertemu untuk tempoh singkat.

fattah1 - 1

Fazura dan Fattah sama-sama menjaga anak mereka dengan baik.

Dalam perkongsian foto tersebut turut kelihatan Fatima mencium pipi bapanya.

Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Fattah menjadi wajah rakan strategik butik Amber iaitu sebuah jenama di bawah Usanita Sdn Bhd menumpukan pada produk kecantikan dan fesyen.

Selain Fattah, pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Nora Danish dan Sophia Albarakbah turut dipilih sebagai wajah rakan strategik Amber.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain