PENAMPILAN pelakon Sophia Albarakbah di sebuah acara fesyen baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila memilih pakaian mencolok mata sehingga menampakkan lurah buah dada. Enggan mengulas lanjut berhubung hal itu, Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, sebaliknya menjelaskan dia hanya menggayakan busana ditaja seorang pereka fesyen. Sophia bagaimanapun menzahirkan penghargaan terhadap semua teguran diberikan kepadanya dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian selepas ini. Sophia hanya mengikut arahan sahaja. "Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini (penampilan seksi) sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan baju ditaja. "Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang penampilan saya. Saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian," katanya kepada mStar. Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran butik Amber yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah pernah rasa takut tegur pelakon senior, isu buli tak berlaku tanpa sebab ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan penyondol biasa-biasa” - Sakinah bandingkan diri dengan Sophia Albarakbah, tak peduli dikutuk nampak tua dalam drama Dalam pada itu, pelakon drama From Saga With Love ini turut menafikan dia sengaja mencipta kontroversi semata-mata untuk mencari publisiti. Kata Sophia, dia sedar sebagai selebriti memang tidak dapat lari daripada menerima kritikan negatif masyarakat. "Kita tidak boleh elak daripada kecaman orang, ia bukan sesuatu yang baru malah nanti akan ada lagi orang bercakap tentang saya. "Saya tahu sebagai public figure, kita perlu berdepan dengan kecaman-kecaman ini. Beberapa foto Sophia menampakkan luruh dadanya menjadi bualan ramai. "Saya tidak rasa saya sengaja cetuskan kontroversi, saya hidup macam biasa sahaja tetapi orang memilih bercakap tentang saya," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Sophia menjadi wajah rakan strategik butik Amber iaitu sebuah jenama di bawah Usanita Sdn Bhd menumpukan pada produk kecantikan dan fesyen. Selain Sophia, pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Nora Danish dan Fattah Amin turut dipilih sebagai wajah rakan strategik Amber. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!