suria

Malaysia saksi kebangkitan hidup, Vicha Saywho reda belum rezeki dapat IC biru

Vicha anggap masih belum rezeki untuk dapatkan IC biru.

PERCUBAAN beberapa kali pelawak asal Indonesia iaitu Vicha Saywho memohon mendapatkan status kewarganegaraan Malaysia masih belum berjaya.

Walaupun kecewa namun bagi Vicha atau Refika Novianti Faturohman, 37, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mempunyai sebab tersendiri menolak permohonannya selain menyifatkan masih belum rezekinya mendapatkan kad pengenalan biru.

"Sudah banyak kali saya cuba mohon untuk menjadi rakyat Malaysia tapi mungkin belum ada rezeki," katanya kepada mStar.

NP (97)

Vicha kekal positif walaupun permohonannya untuk miliki IC biru tidak berjaya.

Dalam pada itu, Vicha mendedahkan ada yang menganggap keputusannya berkahwin dengan lelaki warganegara Nigeria sebagai keputusan salah sehingga menyukarkan permohonannya.

Sebaliknya ramai berpendapat dia sepatutnya berkahwin dengan rakyat Malaysia bagi memudahkan proses berkenaan.

Namun bagi Vicha, soal jodoh adalah ketentuan Allah dan perkahwinan dengan rakyat Malaysia juga bukan jaminan dia mendapat status kewarganegaraan Malaysia.

"Ada yang tanya kenapa saya tak kahwin dengan orang Malaysia? Lebih senang nak dapat permit dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan naik mendadak selepas ambil pil hormon hamil punca Vicha Saywho buat pembedahan bariatrik kali kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas nekad bertudung, Vicha kini mahu belajar mengaji al-Quran - “Sampai bila nak tunggu, takut tak sempat kumpul bekalan akhirat”

"Bagi saya itu semua rahsia Allah. Saya pun tak terfikir akan berjodoh dengan lelaki dari Nigeria.

"Apa yang pasti walaupun tidak berkahwin dengan orang sini tetapi saya sangat sayangkan Malaysia," katanya.

Sementara itu, Vicha memberitahu dia cukup menyayangi negara ini kerana rakyatnya banyak memberi sokongan ketika dia berada di fasa terendah dalam kehidupan.

"Walaupun ada anggap lebih seronok di negara sendiri, saya sayang Malaysia sebab inilah negara yang menjadi saksi kebangkitan saya.

Sudah banyak kali saya cuba mohon untuk menjadi rakyat Malaysia tapi mungkin belum ada rezeki.

VICHA SAYWHO

PELAWAK

"Ramai rakyat Malaysia yang membantu pada saat saya jatuh dan bercerai dahulu," ujarnya.

Untuk rekod, Vicha pernah berkahwin dengan seorang warganegara Indonesia dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Aurel Angelina Khezya, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Kemudian Vicha kembali bertemu jodoh dengan Johnson pada Ogos 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Michael Trevor Ayomide yang kini berusia 6 tahun.

NP (98)

Vicha bahagia bersama suami tercinta.

Dalam perkembangan lain, Vicha antara artis yang terlibat memeriahkan festival Hyper International Food Fest.

Selain Vicha, selebriti lain yang turut serta sebagai peniaga mahupun membuat persembahan ialah Yantzen, Rahmad Mega, Zul Handy Black, Kimi Tomas, Qistina Raisah dan ramai lagi.

Festival tersebut akan berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 11 malam selama empat hari bermula 23 Januari lalu sehingga 26 Januari ini di MyTown Cheras, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain