suria

Populariti menurun sejak bergelar isteri, Sarah Suhairi percaya pada rezeki

Sarah percaya pada rezeki selepas kahwin.

PENYANYI Sarah Suhairi tidak menolak namanya semakin tenggelam dan dilupakan peminat sejak bergelar isteri enam bulan lalu.

Sarah, 25, bagaimanapun enggan tunduk dengan keadaan itu sebaliknya akan terus berusaha menambat kembali hati peminat.

"Bagi saya jika seseorang selebriti itu berkahwin ia bukan tanda populariti akan menurun atau tiada lagi tawaran menyanyi selepas ini.

NP (95)

Sarah bahagia bersama suami tercinta.

"Lain orang lain situasinya... Macam saya selepas berkahwin memang ada fasa sedang 'turun' tapi saya sendiri kena cari jalan untuk buat 'comeback'.

"Status perkahwinan bukan penghalang saya teruskan kerjaya apatah lagi saya masih muda dan banyak lagi perkara mahu saya terokai," katanya kepada mStar.

Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas majlis pelancaran lagu duet bersama Sufian Suhaimi berjudul Dengan Lafaznya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pensyarah UTM tambat hati Sarah Suhairi, sah bergelar isteri dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Suhairi tak terbeban galas tanggungjawab sebagai ibu tiri, hidup lebih sibuk sejak berkahwin

Dalam pada itu, Sarah tidak menafikan bukan mudah untuk menambat hati peminat menerusi lagu baharu namun dia tetap akan berusaha demi cinta terhadap dunia nyanyian.

Selebihnya kata Sarah, dia menyerahkan nasibnya kepada soal rezeki kerana dia tidak mampu melawan perkara tersebut.

"Setiap kali saya nak keluarkan lagu baru, saya akan fikir betul ke keputusan yang saya buat ini?

NP (94)

Sarah berduet dengan Sufian menerusi lagu Dalam Lafaznya.

"Tapi saya selalu beritahu diri sendiri, jika sesebuah lagu itu berjaya bermakna itu rezeki dan kalau sebaliknya berlaku saya kena cuba lagi.

"Tak senang nak puaskan hati semua orang tetapi apa lebih penting kita jangan berputus asa," ujarnya.

Untuk rekod, Sarah mendirikan rumah tangga dengan seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Aswad Anuar pada 26 Julai tahun lalu.

Aswad merupakan seorang duda mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain