KETIADAAN dua anggota Zero iaitu Sharif dan Melati ketika pelancaran single terbaharu kumpulan berkenaan mencetuskan persoalan dalam kalangan tetamu. Mana tidaknya, hanya Atu hadir mewakili dua abangnya seolah-olah memberi gambaran isu perselisihan faham di antara mereka sebelum ini masih berbekas di hati. Cuba berselindung di sebalik kenyataan, Atu menafikan mereka bergaduh namun mengakui hubungan adik-beradik mereka sudah tidak seperti dahulu. Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 33, turut memberitahu mereka juga sudah empat bulan tidak bertemu. Atu menafikan dakwaan Melati dan Sherif bersengketa. Namun ketidakhadiran Sharif dan Melati pada hari penting mereka disebabkan mempunyai pekerjaan lain di Brunei. "Kami tidak bergaduh cuma 'bonding' sudah tidak seperti dahulu. Saya pun tidak tahu di mana puncanya. "Rasanya sudah empat bulan kami tidak berjumpa. "Untuk majlis hari ini mereka ada urusan lain. Jadual tidak dapat dielakkan dan saya terpaksa hadir seorang diri pada pelancaran hari ini," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Kes dadah libat pelawak jejaskan industri, Atu Zero nasihat jangan terjebak ‘sedap’ hanya sementara ARTIKEL BERKAITAN: Populariti dan kemewahan pernah buat Shariff Zero lalai, kini bahagia hidup ‘low profile’ Atu menjelaskan perkara itu ketika sidang media pelancaran lagu terbaharu Zero berjudul Tondu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat. Hubungan ketiga-tiga mereka sebelum ini menjadi bualan ramai selepas Sharif mendedahkan kisah lama hidup adiknya itu sehingga menimbulkan rasa kurang senang Atu. Atu dalam satu temu bual sebelum ini memberitahu dia tidak ambil hati meskipun berbalas kenyataan di sosial media. Kami tidak bergaduh cuma 'bonding' sudah tidak seperti dahulu. ATU ZERO PELAWAK Menurutnya lagi dia terbuka untuk terus bekerjasama dengan Melati dan Sharif sekiranya kedua-dua abangnya itu tidak mempunyai sebarang masalah. "Hubungan kami macam filem Tiga Abdul. Masing-masing ada ego sendiri. "Tapi saya tidak ada masalah untuk kami bekerjasama. Jika ada tawaran bertiga dan mereka mahu bergabung saya terbuka," ujarnya. Sementara itu bercakap tentang lagu terbaharu mereka, kata Atu ia sudah disiapkan sejak 2023 namun belum berkesempatan untuk dilancarkan. Zero lancar single baharu berjudul Tondu. Malah ia juga dirakamkan kerana percaya bakat kedua-dua abangnya dalam bidang nyanyian selepas menjuarai program Famili Duo 3 pada tahun 2023. "Mereka ada bakat sebab itu saya sanggup keluar duit untuk projek lagu ini. Mereka dah bergelar juara Famili Duo. "Sebenarnya saya yang menumpang bakat nyanyian mereka,” ujarnya. Lagu ini merupakan ciptaan Zai Hamzah dan Hemo manakala lirik pula ditulis Achoi serta Ayie Floor 88. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!