LAPORAN polis yang dibuat seorang personaliti dakwah terhadap penyanyi rap dan aktiviti kemanusiaan Caprice diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut atau NFA. Caprice atau Ariz Ramli, 37, memberitahu siasatan dilakukan terhadap komputer riba, telefon pintar dan perbualan mereka mendapati tiada sebarang unsur jenayah. "Alhamdulillah, semalam (Khamis) dapat tahu laporan polis terhadap Caprice diklasifikasikan sebagai NFA. Tiada unsur jenayah. Caprice akan terus membongkar kes-kes jenayah yang tidak mendapat perhatian. "Kita sentiasa hormat kerja baik PDRM. Terima kasih atas semua siasatan yang dilakukan terhadap komputer riba, telefon pintar dan perbualan kami," katanya. Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Boleh buka mulut, Caprice kini bebas kongsi fasal Ebit Lew ARTIKEL BERKAITAN: Caprice dituduh reka cerita tentang individu berwatak alim, sudah serah bukti pada pihak polis - “Kali ini kita bijak sikit” Dalam pada itu, Caprice berjanji akan terus membongkar kes-kes jenayah yang sukar demi kebaikan semua rakyat Malaysia. "Terima kasih kepada semua yang menyokong saya. "Saya sentiasa akan membongkar topik dan kes-kes yang sukar untuk dikongsi tetapi perlu didedahkan kepada masyarakat untuk kebaikan semua," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!