KEGEMBIRAAN pelawak Man Raja Lawak memiliki kereta baharu jenis Ford Mustang tidak bertahan lama apabila kenderaan tersebut rosak selepas seminggu digunakan. Lebih membuatkan Man atau Abdul Rahman Kassim, 48, sedih apabila kerosakan tersebut berpunca daripada kesilapan mekanik ketika melakukan kerja-kerja ubah suai bahagian kereta berkenaan. "Enjin bermasalah disebabkan orang lain. Apa membuatkan saya terkesan adalah kerana bukan silap sendiri. Man hanya sempat memandau sekali keretanya sebelum dihantar ke bengkel. "Masa ambil kereta semuanya okay cuma bila minta setting semula, sensor ekszoz tak mahu menyala. "Lain yang rosak, lain dibuatnya," katanya ketika dihubungi mStar. Man sebelum itu turut berkongsi perkara berkenaan di laman sosial miliknya dan memberitahu hanya sempat menggunakan kereta tersebut sekali selepas memilikinya pada 2 Januari lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan jadi pelakon tetap ‘Sepahtu Reunion’ ditolak, Man Raja Lawak sudah tawar hati ARTIKEL BERKAITAN: Mahu beri peluang bina kembali karier, Man Raja Lawak sedih dipersoal ‘kutip’ Ali Puteh Disebabkan kerosakan tersebut, dia terpaksa menunggu lama dan dijangka mengambil masa dua bulan untuk diperbaiki. Malah dia juga masih dalam perbincangan dengan mekanik bagi tujuan ganti rugi termasuk membeli alat ganti yang belum ditetapkan harganya. "Dia akan maklumkan kepada saya berapa kos semua selepas barang ganti yang ditempah sampai. Mungkin saya juga kena tanggung kos separuh. Syukur ada rezeki tahun ini upgrade sedikit beli kereta MAN RAJA LAWAK PELAWAK "Sekarang ini tengah musim cuti untuk sambutan Tahun Baharu Cina, jadi mungkin ambil masa lama sikit. "Nak sedih pun tak guna sebab perkara sudah berlaku," ujarnya. Dalam masa sama, pelawak ini juga meluahkan rasa syukur kerana berpeluang memiliki salah satu kereta idamannya dengan hasil titik peluh sendiri. Man bersyukur memiliki kereta idaman. Biarpun ada pihak kurang senang dia memperlihatkan kemewahan namun baginya itu adalah bukti kerja kerasnya selama ini. "Syukur ada rezeki tahun ini upgrade sedikit beli kereta. "Saya beli kereta ini sebagai satu pencapaian selain minat. Hadiah untuk penat lelah selama ini. Harganya tak perlulah tahu," jelasnya. Dianggar harga kereta berkenaan sekitar RM150,000. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!