suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu beri peluang bina kembali karier, Man Raja Lawak sedih dipersoal ‘kutip’ Ali Puteh

PELAWAK Man Raja Lawak terkesan apabila ada pihak tergamak menggunakan perkataan 'kutip' susulan penglibatan Ali Puteh dalam program Muzikal Lawak Superstar musim keempat.

Man atau Abdul Rahman Kassim, 47, berkata, tidak wujud istilah dia mengutip Ali kerana pelawak tersebut merupakan anggota asal kumpulan Puteh.

"Saya terkejut juga dengan komen menggunakan perkataan 'kutip' kepada Ali Puteh sedang dia merupakan anggota asal kumpulan Puteh.

"Tapi komen seperti itu tak beri kesan tapi kami juga manusia biasa yang kadang-kadang ada kata-kata menusuk dalam hati sampai terngiang-ngiang di dalam kepala.

"Sampaikan ada masanya buat kerja pun jadi tak sepenuh hati disebabkan benda-benda remeh begini," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun kata Man, dia menganggap perkara itu sebagai dugaan dan apa boleh dilakukan adalah dengan memberikan persembahan terbaik di pentas Muzikal Lawak Superstar nanti.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi