suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jue Aziz ditawar berlakon tapi kena buka tudung, terkejut ada ‘ustaz’ benarkan untuk watak

PELAKON Jue Aziz mendedahkan dia pernah diminta untuk membuka tudung sekiranya menerima tawaran berlakon dalam filem berkenaan.

Meskipun menerima bayaran tinggi, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 41, berkata dia menolak tawaran berkenaan kerana tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan.

Kata Jue, lebih mengejutkan apabila ada individu mengaku agamawan mengizinkan perkara tersebut dilakukan atas sebab filem berkenaan mampu memberi pengajaran kepada orang ramai.

“Saya ada dapat tawaran cerita mengenai sejarah namun minta untuk buka tudung. Dia bagi bayaran yang tinggi sebab memang mahukan saya. Semasa itu saya memang terdesak sebab tidak ada tawaran berlakon tapi saya tolak sebab takkanlah semata-mata nak berlakon cerita ini saya kena buka tudung.

“Yang saya terkejut, ada ustaz di situ yang kata boleh buka tudung sebab cerita berkenaan mengetengahkan mengenai sejarah. Katanya tidak mengapa untuk buat benda itu. Saya pelik sangat,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Jue meluahkan rasa sedih apabila bakat pelakon wanita yang mengenakan hijab tidak diketengahkan oleh beberapa produksi.

“Saya sangat sedih sebab kita ini Malaysia. Banyak orang Islam. Market pelakon beertudung ini tidak ditonjolkan, tidak boleh berlakon banyak karakter,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi