PENYANYI dan pelakon Noki K-Clique tidak pernah menyangka akan berhijrah ke Kuala Lumpur kerana merasakan lebih selesa tinggal di Sabah bersama keluarga. Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 31, bagaimanapun memberitahu perancangannya berubah apabila melihat karier seninya semakin kukuh dan memerlukan dia sentiasa berada di ibu negara. "Masa mula-mula datang ke KL niat saya hanya mahu mencari pekerjaan yang baik dan pulang ke Sabah... Tapi rasanya sekarang mungkin terpaksa lupakan impian itu. Kerjaya Noki semakin berkembang. "Sebabnya kerjaya seni saya semakin berkembang dan adalah lebih baik saya berhijrah terus ke Kuala Lumpur. "Tambahan pula kebanyakan kerja saya di Kuala Lumpur," katanya kepada mStar. Berkongsi lanjut, Noki memberitahu di awal pembabitannya bersama K-Clique, dia sering berulang-alik dari Kota Kinabalu, Sabah ke Kuala Lumpur sekiranya ada undangan persembahan. Akui Noki, perkara itu memenatkan selain memerlukan kos tinggi dan disebabkan itu juga dia merasakan berpindah ke Kuala Lumpur adalah keputusan tepat. ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali hasil filem animasi, ‘Soloz: Game of Life’ karya paling susah Syafiq Yusof ARTIKEL BERKAITAN: Dah masuk 30 tahun tapi Noki masih belum jumpa calon isteri... Mahu wanita ‘susah dapat’ tak senang pujuk "Bayangkan Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur ambil masa hampir tiga jam, jadi tenaga banyak dipakai semata-mata untuk satu persembahan atau mesyuarat dan balik ke Sabah. "Sebab itu saya pilih untuk menetap di sini agar urusan lebih mudah," ujarnya. Dalam pada itu, Noki menjelaskan babak masyarakat Sabah sanggup berhijrah ke Semenanjung demi mencari pekerjaan seperti dipaparkan dalam filem Soloz: Game of Life adalah benar. Kata Noki, mencari pekerjaan di Sabah bukan perkara mudah memandangkan peluang terhad sehingga menyebabkan ramai sanggup berhijrah demi mencari rezeki buat keluarga. Sebabnya kerjaya seni saya semakin berkembang dan adalah lebih baik saya berhijrah terus ke Kuala Lumpur. NOKI K-CLIQUE PENYANYI DAN PELAKON Dalam perkembangan lain, Noki antara pelakon yang membintang filem Soloz: Game Of Life yang sudah mula ditayangkan pada 23 Januari lalu. Selain Noki, pelakon lain yang turut membarisi naskhah berkenaan ialah Hun Haqeem, Ikmal Amry, Syafie Naswip, Hafeez Mikail, Jaa Suzuran, Nia Atasha dan ramai lagi. Filem Soloz: Game Of Life mengisahkan kisah benar perjalanan hidup seorang ikon E-sukan tanah air iaitu Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz. Soloz merupakan seorang pemuda biasa dari Seremban, Negeri Sembilan yang mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya mengukir nama sebagai pemain E-sukan profesional dalam dunia permainan mudah alih Mobile Legends: Bang Bang. Noki antara pelakon filem Soloz: Game Of Life. Karya ini juga menggambarkan perjalanan dan kesungguhan Soloz dimana dia adalah antara pemain profesional terawal Mobile Legends: Bang Bang dari Malaysia. Populariti Soloz mula melonjak naik bukan hanya kerana bakatnya, tetapi juga kerana menjadi pelopor dalam permainan ini sejak dilancarkan oleh Moonton pada September 2016. Kejayaannya memuncak ketika dia mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Filipina 2019 dan berjaya merangkul pingat gangsa. Penghargaan terhadap sumbangannya dalam E-sukan di negara ini diserlahkan lagi apabila Soloz dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) pada Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-74, Januari 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!