suria

Mahu nampak lebih matang, Irfan Haris bela jambang

Irfan mahukan penampilan yang sesuai dengan usianya.

TAMPIL dengan imej berjambang, penyanyi Irfan Haris memberitahu ingin kelihatan lebih matang dan berusia.

Irfan atau Ifran Haris Othman, 24, dia mahu sedikit pembaharuan buat dirinya selepas hampir sepuluh tahun berada dalam industri.

"Penampilan berjambang ini adalah penampilan baharu saya, sebab saya pun bukan budak-budak lagi.

irfan 33

Irfan tampil dengan imej baharu.

"Saya mulakan kerjaya saya sejak usia 15 tahun lagi, sekarang pula sudah 24 tahun jadi rasanya saya perlukan penampilan baharu.

"Lagi pun pada usia ini saya rasa sudah sesuai untuk memiliki imej berjambang ini," katanya ketika dihubungi mStar.

Yakin dengan penampilan baharunya, Irfan memberitahu dia tidak menggunakan prosedur pembedahan kosmetik untuk menghasilkan jambangnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Haris sekadar balas komen Fattah Amin, tak campur urusan peribadi kakak

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Irfan Haris ditinggalkan kekasih rupanya gimik lagu baharu... Jawab status hubungan dengan Dalia Farhana

"Ya saya yakin dengan penampilan saya ketika ini. Jambang ini memang original bukan tanam," katanya lagi.

Menyedari ada yang tidak senang dengan imejnya itu, Irfan memberitahu dia enggan memikirkan perkara tersebut sebaliknya cukup selesa dengan penampilan berkenaan.

"Pelbagai komen saya dapat, ada yang negatif dan positif. Tapi saya tidak ambil pusing sangat dengan kata-kata negatif mereka. Saya buat apa yang saya rasa selesa," ujarnya.

irfan 3

Irfan sebelum memiliki jambang di wajahnya.

Dalam perkembangan lain, Irfan memberitahu dia bakal mengeluarkan lagu baharu bersama kakaknya iaitu Amira Othman tidak lama.

"Saya ada rancang nak keluarkan lagu bersama kakak saya. Untuk saya sendiri pula sedang mencari lagu sesuai.

"Insya-Allah, kalau jumpa yang sesuai terus kami keluarkan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain