suria

Luahan Irfan Haris ditinggalkan kekasih rupanya gimik lagu baharu… Jawab status hubungan dengan Dalia Farhana

Irfan Haris selesa berkawan baik dengan Dalia.

SELEPAS perkongsian kisah putus cintanya hangat diperkatakan netizen di TikTok, penyanyi Irfan Haris akhirnya tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar berhubung luahan hatinya itu.

Kata Irfan atau Irfan Haris Othman, 21, kisah sedih seolah-olah dia ditinggalkan kekasih itu hanya sekadar gimik sempena pelancaran lagu baharunya berjudul Tak Pantas Untukmu.

"Lagu itu memang ada kaitan dengan seseorang dan ada kait juga dengan diri saya tetapi saya tidak patah hati seperti yang diperkatakan.

Irfan 1

Irfan akui lagu ada kiatan dengan dirinya.

"Saya tak cakap itu perkara betul tapi ia sebenarnya sebahagian dari gimik lagu saya. Kami sengaja reka sahaja," katanya kepada mStar pada Rabu.

Kata Irfan dia sengaja mencipta gimik tersebut dan terbukti ia membantu mempromosikan lagu berkenaan.

Malah dia tidak teragak-agak untuk melakukan gimik lagi selepas ini sekiranya mahu melancarkan lagu baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima anugerah pelajar terbaik... Irfan Haris syukur pensyarah banyak bantu, universiti sedia jadual fleksibel

ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Haris bukti artis juga cemerlang dalam pelajaran, dapat anugerah pelajar terbaik

"Sambutan tidaklah begitu hangat sangat tapi Alhamdulillah. Bagi saya gimik macam ini membantu juga untuk lagu saya.

"Nak kata tak buat lagi itu tidak... kita tengok saja nanti," katanya lagi.

Berkongsi mengenai penghasilan lagu tersebut, Irfan memberitahu Tak Pantas Untukmu itu merupakan hasil kerjasamanya dengan penyanyi Iman Alyssa dan Amir Firdaus.

Irfan 3

Irfan dan Dalia hanya sekadar kawan.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Dalia Farhana, Irfan menjelaskan mereka hanya berkawan rapat sahaja.

"Saya dan Dalia hanya sekadar berkawan memandangkan kami di bawah syarikat pengurusan yang sama. Kami cuma cover lagu bersama-sama saja.

"Kami tiada rancang untuk berkenalan lebih lanjut," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain