suria

Irfan Haris bukti artis juga cemerlang dalam pelajaran, dapat anugerah pelajar terbaik

Irfan Haris hadiahkan kejayaan buat ibu bapanya.

BUKAN sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, Irfan Haris membuktikan dia mampu cemerlang dalam pelajaran apabila muncul sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik program Diploma Seni Persembahan di Universiti UOW Malaysia KDU.

Irfan atau Ifran Haris Othman, 20, berkata, dia bersyukur dengan pencapaian tersebut dan menganggap ia hadiah paling bermakna buat kedua ibu bapanya.

"Saya rasa sangat gembira kerana menerima anugerah ini dan ia adalah hadiah buat mama dan abah," katanya.

Irfan berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di Instagram dan turut memuat naik beberapa foto pada Majlis Konvokesyen Universiti UOW Malaysia KDU yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.

Perkongsian kejayaan Irfan Haris mendapat pujian peminat.

Penyanyi lagu Redha tersebut turut memuat naik gambar mencium ibu bapanya yang turut hadir pada majlis berkenaan.

"Secara rasminya, saya telah tamat diploma," tulisnya pada unggahan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Haris masuk hospital akibat sakit tekak teruk, terpaksa tangguh pembedahan demi lancar lagu baharu

Sementara itu, peminat adik kepada penyanyi Amira Othman itu turut membanjiri ruang komen hantaran berkenaan dengan mengucapkan tahniah kepada Irfan atas kejayaannya dalam bidang akademik.

"Tahniah Irfan! Selamat maju jaya untuk perjalanan seterusnya.

"Akhirnya, tahniah Irfan dapat anugerah pelajar terbaik! Awak memang layak mendapatnya dan saya bangga menjadi rakan awak," komen pengikut di Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain