suria

Anak lelaki Rahmad Mega terima ijazah sarjana sains pada usia 25 tahun, sempat buat show sempena Majlis Konvokesyen UMP

Rahmad bersama isteri dan anak perempuannya meraikan kejayaan Suhazri.

PEMENANG program Terpaling Juara musim pertama, Rahmad Mega meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Suhazri Amrin Ramhad berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada Ahad.

Rahmad atau Rahmad Tohak, 53, berkata, sebagai seorang bapa dia bangga dengan pencapaian anaknya itu dan turut mendoakan agar Suhazri terus berjaya dalam kariernya selepas ini.

"Tahniah buat anakanda kerana berjaya menyelesaikan pengajian peringkat Ijazah Sarjana, papa doakan semoga terus berjaya," katanya.

Rahmad berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram serta memuat naik gambar bersama isteri dan anaknya itu selepas menghadiri Majlis Konvokesyen UMP di Kuantan, Pahang.

Rahmad mengunggah foto meraikan kejayaan anak lelakinya di Instagram

Suhazri menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana dalam bidang Sains pada usia 25 tahun.

Sementara itu, peminat penyanyi berkenaan turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Suhazri berjaya dalam karier yang dipilih.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gelaran juara ubat kehampaan Rahmad Mega, harap rakan seangkatan berani sertai pertandingan nyanyian

ARTIKEL BERKAITAN: Rahmad Mega muncul pemenang musim pertama Terpaling Juara, bawa pulang RM100,000

Ada juga dalam kalangan pengikutnya di Instagram mengusik sama ada Suhazri adalah benar-benar anaknya kerana mereka kelihatan seperti adik-beradik.

"Tahniah buat abang Rahmad dan keluarga, semoga Suhazri terus berjaya.

"Anak ke adik tu? Nampak macam rakan sebaya! Semoga terus berjaya dunia dan akhirat," komen netizen.

Ramai mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga anak lelaki Rahmad berjaya

Difahamkan, Rahmad turut membuat kejutan kepada graduan pada majlis konvokesyen berkenaan apabila tampil membuat persembahan.

"Saya tengok abang Rahmad buat persembahan tadi dan suara masih macam dahulu juga, suara masih power!

"Tahniah buat anak lelaki, tadi tengok abang Rahmad buat persembahan dan abang memang Terpaling Juara," komen peminat di unggahan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain