suria

[VIDEO] Gelaran juara ubat kehampaan Rahmad Mega, harap rakan seangkatan berani sertai pertandingan nyanyian

PENYANYI Rahmad Mega menyifatkan kemenangan menerusi program Terpaling Juara musim pertama mengubati kehampaannya kerana sebelum ini jarang sekali memenangi mana-mana pertandingan yang disertai sebelum ini.

Rahmad atau Rahmad Tohak, 53, berkata, kemenangan itu juga membuktikan artis senior sepertinya boleh bersaing dengan bakat baharu selain masih kehadirannya masih diterima peminat.

"Saya bersyukur kerana dinobatkan sebagai juara kerana kalau ikutkan pengalaman bertanding, jarang saya menang.

"Kemenangan ini mungkin boleh menjadi satu benchmark di mana selepas ini saya boleh gunakan gelaran 'Rahmad Terpaling Juara' yang bukan sahaja bersama Mega tetapi bergerak secara solo," katanya kepada mStar.

rahmad2

Kemenangan Rahmad menerima sorakan hebat penonton di studio.

Rahmad ditemui ketika sidang media pentas akhir Terpaling Juara yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad.

Menerusi pertandingan itu, Rahmad yang merupakan anak didik kepada kapten Hael Hussaini menewaskan tiga lagi peserta akhir menerusi persembahan lagu Ku Akui dan Dipenjara Janji.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahmad Mega muncul pemenang musim pertama Terpaling Juara, bawa pulang RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: Rahmad Mega rindu baca surat dihantar peminat, artis BBNU sekarang tak rasa momen itu

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Rahmad membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Rahmad berkata, kemenangan itu bagaimanapun bukan tiket untuknya bermegah diri sebaliknya memberitahu dia masih individu yang sama.

Sekurang-kurangnya kita dapat mencabar diri dan melihat potensi bersaing dengan penyanyi lebih muda.

RAHMAD MEGA

PEMENANG TERPALING JUARA

Malah harap Rahmad, pencapaiannya itu dapat menjadi inspirasi kepada penyanyi seangkatannya untuk tidak takut menyertai mana-mana pertandingan selepas ini.

"Saya sentiasa membuka ruang untuk mencabar diri dengan hasrat boleh memberi inspirasi kepada rakan-rakan artis seangkatan saya yang lain.

"Penyanyi lama ini sebenarnya sudah ada jenama sendiri dan ia tidak akan menjatuhkan nama mereka pun sekiranya masuk bertanding.

"Sekurang-kurangnya kita dapat mencabar diri dan melihat potensi bersaing dengan penyanyi lebih muda," ujarnya.

rahmad1

Rahmad bersama kaptennya, Hael Hussaini.

Sementara itu, bercakap tentang perancangannya selepas ini, Rahmad memberitahu dia bakal melancarkan single terbaharunya tidak lama lagi.

Kata Rahmad, pada awalnya dia ingin melancarkan lagu berkenaan namun tawaran menyertai Terpaling Juara membuatkan dia menangguhkan hasrat berkenaan.

"Takdirnya bila saya memang sudah rancang untuk melancarkan single, tiba-tiba dapat undangan untuk bertanding dalam Terpaling Juara.

"Jadi, saya mengambil langkah untuk tunda perkara itu dan berpendapat sekiranya program ini boleh beri advantage untuk kerjaya seni, saya akan melancarkan lagu baharu itu selepas selesai pertandingan," tambahnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain