suria

[VIDEO] Fareed K-Clique selamat bergelar suami, MK jadi jurunikah!

Fareed dan Hawa selamat bergelar pasangan suami isteri.

ANGGOTA kumpulan K-Clique iaitu Fareed selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hawa Hamdan dengan sekali lafaz pada pagi Isnin.

Pasangan itu dinikahkan oleh rakan baik pengantin lelaki iaitu MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan yang merupakan adik kandung kepada Siti Hawa, 30, di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah.

Berita gembira itu dikongsi penyanyi Sabhi Saddi yang juga abang kepada Fareed atau nama sebenarnya Fareed Saddi, 28 tahun.

fareed 2

MK menikahkah sendiri kakaknya dengan Fareed.

Sabhi berkata, sebagai seorang abang, dia gembira apabila adik kesayangannya itu akhirnya melangsungkan perkahwinan dan bergelar seorang suami.

"Syukur majlis berjalan lancar. Saya gembira melihat adik sudah berkahwin. Banyak yang dia lalui sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari bahagia Sweet Qismina dan Adam Lee semakin hampir, beri ‘hint’ majlis nikah sama tarikh bertunang

"Saya juga lihat Fareed berubah menjadi seorang yang lebih baik menjelang hari pernikahannya," katanya kepada mStar.

Pada majlis tersebut, Fareed menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelas emas berserta lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Majlis diadakan secara tertutup dengan hanya dihadir keluarga terdekat kedua-dua belah pihak manakal majlis resepsi meraikan mempelai dijangka diadakan pada Disember ini.

Artikel Lain