suria

Juara Mentor Milenia Apex Tajudin jual nasi lemak ketika pandemik, ‘Jannah’ bukti belum putus asa

Apex Tajudin tampil dengan lagu baharu berjudul Jannah.

PENYANYI Apex Tajudin tidak melalui jalan mudah dalam usaha mencipta nama sebagai artis meskipun bergelar juara program Mentor Milenia pada 2019.

Pemilik nama sebenar Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajudin, 26, ini berkata, dia terpaksa memperlahankan karier seninya apabila dunia berdepan dengan pandemik Covid-19 selain negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membantutkan semua perancangannya.

Disebabkan itu, dia terpaksa mencari jalan lain untuk meneruskan kelangsungan hidup termasuk dengan berniaga nasi lemak dan menjual pakaian bundle.

Apex pernah melancarkan dua buah single selepas bergelar juara Mentor Milenia.

"Saya pernah berniaga nasi lemak dan menjual baju bundle. Memang waktu itu sangat sukar memandangkan program Mentor Millenia baru berakhir.

"Tapi rezeki itu Alhamdulillah tetap ada selagi kita berusaha. Sepanjang tempoh PKP setiap hari saya gunakan platform media sosial seperti TikTok untuk mempromosikan perniagaan selain single pertama berjudul Panggung.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki mencurah-curah selepas juarai Mentor Milenia... Apex Tajudin dipilih sebagai Ikon Belia Terengganu 2020

"Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan saya ketika itu dan dapat meneruskan kehidupan," katanya.

Dalam pada itu, Apex berkata, dia belum berputus asa untuk memperkenalkan dirinya sebagai seorang penyanyi dan buktinya dia tampil dengan single terbaharu berjudul, Jannah.

Temp-830x553 (15)

Apex berharap lagu Jannah dapat diterima baik pendengar.

Kata Apex, Jannah sangat istimewa buat dirinya selain menyifatkan lagu itu sesuai dijadikan sebagai tema perkahwinan.

"Tiada apa yang saya harapkan selain mahu melihat Jannah diterima baik pendengar. Terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong karier saya sejak awal," ujarnya.

Jannah adalah hasil ciptaan Ajai manakala lirik oleh Strawbericha manakala video muziknya boleh ditonton menerusi YouTube Indigital Music.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain