suria

“Kalau Allah tarik nyawa aku hari itu, mati katak!” - Azhan Rani alami nasib sama seperti Wafariena Roslan, 8 hari di hospital tiada wakil produksi datang ziarah 

Azhan guna wang insurans sendiri untuk tampung kos rawatan aklibat kemalangan.

SUSULAN pelakon Wafariena Roslan meluahkan rasa terkilan terhadap sebuah produksi drama yang mengabaikan kebajikannya selepas dipaksa melakukan aksi lagak ngeri sehingga cedera, aktor Azhan Rani turut berkongsi pernah mengalami pengalaman sama.

Azhan, 45, berkata, dia juga pernah diabaikan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bergegas ke lokasi penggambaran selepas mendapat arahan produksi ekoran terdapat pelakon lain tidak dapat hadir.

"Bukan nak ungkit, sekadar kongsi kes aku kemalangan dulu. Aku dikerahkan mengejut datang ke set penggambaran kononnya ada pelakon yang patut datang waktu itu, tidak dapat hadir.

"Takdir Allah, waktu tengah hari aku tergolek kemalangan. Masa itu aku minta orang di situ ambil telefon dan buat panggilan video untuk beritahu produksi aku kemalangan.

azhan rani 2

Azhan harap ada cara untuk bela nasib penggiat seni yang terlibat dalam kemalangan.

"Ada wakil produksi datang ke unit kecemasan dan telefon sahabat, Beto Kusyairy serta Tisha Shahar untuk uruskan aku.

"Dia (produksi) bantu carikan towing motor dan sahabat aku yang bayar kos tersebut. Itu sahaja daripada produksi untuk aku," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wafariena alami kecederaan dipaksa buat ‘stunt’ sendiri sampai masuk hospital, terkilan pengarah lepas tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani ingat detik kemalangan, rupa-rupanya 2 remaja naik motor kapcai jadi punca

Azhan berkongsi kisah tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Dakwa Azhan, sepanjang lapan hari menerima rawatan di hospital, tiada seorang pun wakil produksi berkenaan datang menziarahinya.

"Selain telefon sebelum aku dibedah, nak beritahu watak digantikan dengan orang lain. Ada juga sekali dua telefon dan mesej tanya khabar beri kata-kata semangat selain hantar sebakul buah-buahan ke hospital.

Kalau Allah tarik nyawa aku hari itu, mati katak je lah. Kemudian korang baca postinng belangsungkawa Azhan Rani

AZHAN RANI

PELAKON

"Namun lapan hari di hospital dan berapa lama proses pemulihan di rumah, tiada seorang pun wakil produksi datang menjenguk. Iyalah, yang lebih penting cerita itu siap, bukan nyawa aku," jelasnya.

Sementara itu, Azhan berkata, kejadian menimpanya itu seolah-olah nyawa sebagai seorang pelakon tidak penting berbanding kerja-kerja menyiapkan sebuah drama atau filem.

Justeru itu kata pelakon drama Nur ini, keadaan itu perlu berubah dan perlu ada penambahbaikkan bagi membela nasib mana-mana golongan seni yang senasib sepertinya.

azhan rani 3

Azhan sebelum ini berkongsi terlibat dalam satu kemalangan pada Januari lalu.

"Kalau Allah tarik nyawa aku hari itu, mati katak. Kemudian korang baca posting belangsungkawa Azhan Rani.

"Nasib aku mungkin baik sikit sebab ada insurans sendiri. Pembedahan sampai ulang-alik buat fisioterapi lebih RM50,000 kosnya. Tutup mata sebab ada insurans.

"Terfikir pula kalau kru dan pekerja belakang tabir, siapa yang akan bela nasib mereka? Sama-sama kita perbaiki," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain