suria

[VIDEO] Sedar kena sindir, Elly Mazlein ambil langkah ‘tutup telinga’... minta elak berbalah bimbang timbul fitnah

TIDAK dinafikan kemunculan Elly Mazlein sebagai pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) berjaya menggamatkan suasana dengan aksi bersahajanya namun di sebalik itu terdapat segelintir pihak kurang senang aksi ‘over’ penyanyi itu yang dianggap mahu menenggelamkan peserta bertanding.

Membaca komen-komen yang dilemparkan netizen di media sosial, Elly, 42, bagaimanapun lebih senang mengambil pendekatan ‘tutup telinga’ dan memberi fokus dalam menjalankan tanggungjawab diamanahkan pihak produksi kepadanya.

"Saya hormati pendapat orang di luar sana namun saya terpaksa ambil langkah tutup telinga. Bukan senang nak galas tanggungjawab sebagai pengacara program ini.

elly 3

Aksi Elly di pentas GV9 sering jadi tumpuan.

"Sebab itu di media sosial pun saya tidak membuat atau meletakkan sebarang kenyataan untuk betulkan keadaan. Tak perlu nak ulas semula komen-komen tersebut. Semoga satu hari nanti mereka akan suka dengan persembahan saya sebagai pengacara," katanya kepada mStar.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bergandingan dengan Nabil Ahmad dalam musim kali ini menggantikan Jihan Muse yang kini dalam proses berpantang selepas melahirkan cahaya mata kedua awal September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein tiada lagi isu dengan Ramli MS, sudah berbaik siap boleh bergurau... Akui gementar ganti tempat Jihan Muse di GV9

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Pat Candy ‘flat’ tapi selamat, minggu keempat Gegar Vaganza 9 tiada penyingkiran

Dalam pada itu, Elly berharap tiada mana-mana pihak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengundang fitnah dalam kalangan peminat.

Ini kerana kata Elly, pandangan atau komen tersebut boleh menimbulkan fitnah sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen.

Kadang-kadang ada pendapat keterlaluan sehingga menimbulkan fitnah dan buat orang berteka-teki.

ELLY MAZLEIN

PENYANYI/PENGACARA GEGAR VAGANZA 9

"Kadang-kadang ada pendapat keterlaluan sehingga menimbulkan fitnah dan buat orang berteka-teki. Bukankah lebih baik kita semua bersatu? Rasanya saya sendiri sudah tua untuk bersikap kebudak-budakkan seperti itu.

"Kenalah jadi lebih matang dan percaya kepada rezeki. Saya masih ‘hijau’ dalam bidang ini dan berikanlah saya kasih sayang. Bukanlah kecewa dengan kata-kata orang, cuma saya harap mereka yang berkata itu kembali sedar bahawa ini adalah untuk menghiburkan penonton,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Elly meluahkan rasa syukur dan teruja apabila diberi peluang menjadi salah seorang barisan terbaharu penyampai radio Era.

elly 1

Elly bergandingan dengan Sherry Alhadad untuk minggu keempat GV9.

Diberi tugasan mengendalikan segmen Carta Era 40, Elly menganggap ia adalah sebagai satu hadiah untuk menghiburkan peminat yang mendengarnya di corong radio.

"Ini adalah satu peluang yang dinantikan. Siapa yang tidak mahu bergelar penyampai radio Era? Apabila diberi peluang saya rasa sangat bersyukur.

"Di sebalik semua kecaman, ini adalah satu hadiah buat saya untuk hiburkan peminat," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain