suria

Sweetnya! Bella Astillah dan Syed Saddiq sedondon berbaju tradisional panjat Gunung Kinabalu

Bella dan Syed Saddiq tersenyum puas di Laban Rata.

PELAKON Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyahut cabaran mendaki Gunung Kinabalu, Sabah dengan masing-masing lengkap berbaju Melayu dan kurung.

Bella atau Dayang Ara Nabella Astillah, 31, berkata mereka mengambil masa enam jam untuk tiba di Laban Rata yang menjadi lokasi persinggahan pendaki sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

"Alhamdulillah, sampai pun Panalaban atau Laban Rata. Kita naik pukul 10 pagi dan sampai 3.20 petang," katanya menerusi laman Instagram.

bella 12

Bella dan Syed Saddiq sudah hampir tiba di puncak Gunung Kinabalu.

Dalam hantaran tersebut, Bella turut berkongsi momen dia bersama Syed Saddiq menikmati pemandangan indah sekitar lokasi berkenaan.

Tidak hanya itu, Bella juga berkongsi gelagat Syed Saddiq sepanjang mereka mendaki gunung bersama.

Kata Bella, ahli politik berkenaan sentiasa bertenaga dan menghiburkan hatinya sepanjang ekspedisi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam Oppa bukan YB, Bella Astillah ‘makeover’ penampilan Syed Saddiq

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Stacy jawab tuduhan berlagak diva, hubungan dengan Bella Astillah masih baik

"Saya separuh sedar sudah sebenarnya, sampai terfikir bagus saya jadi ikan.

"Tapi Syed Saddiq boleh menari, menyanyi dan sewaktu dengannya. Oh lupa dia Ironman manakala saya biasa iron (gosok) baju.

"Dia tetap dengan baju Melayu, sampin dan songkok tinggal nak raya di puncak nanti," ujarnya.

bella 13

Syed Saddiq tetap tersenyum walaupun Bella terlihat keletihan.

Pun begitu, Bella tidak berkongsi lanjut adakah mereka bakal meneruskan pendakian sehingga ke puncak Kinabalu.

Sebelum ini, Syed Saddiq pernah bekerjasama dengan Bella dalam video muzik lagu nyanyiannya berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Namun hubungan mereka menjadi semakin akrab apabila digandingkan bersama untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain