suria

Nampak macam Oppa bukan YB, Bella Astillah ‘makeover’ penampilan Syed Saddiq

Bella mahu mengubah penampilan Syed Saddiq (kiri) dengan gaya lebih santai.

HUBUNGAN di antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nampaknya semakin akrab apabila mereka dilihat sering menghabiskan masa bersama.

Terbaharu, Bella atau Dayang Ara Nabella Astillah, 31, mahu mengubah penampilan Saddiq untuk kelihatan lebih santai dan bukannya seperti seorang Ahli Parlimen.

"Hai kita ada perancangan untuk YB (panggilan Syed Saddiq). Kami merancang nak buat makeover. Saya nak awak (Syed Saddiq) pakai baju lain.

"Kita makeover penampilan baru YB (Yang Berhormat) Syed ke Syed Oppa? Terima kasih adik Didie dan bestie (kawan rapat) sebab temankan," katanya.

bella2 - 1

Peminat gembira melihat Bella kini hidup lebih bahagia.

Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Bella dan rakannya yang dikenali sebagai Austouxh membawa Syed Saddiq membeli-belah di sebuah kedai pakaian terkemuka Jepun.

Pelakon drama Satu Hari Nanti ini dilihat memilih beberapa helai baju dan seluar untuk digayakan oleh Ahli Parlimen berkenaan.

Malah Bella turut memilih sepersalinan sedondon dengan Syed Saddiq iaitu padanan t-shirt rona putih bersama seluar warna hijau zaitun.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Stacy jawab tuduhan berlagak diva, hubungan dengan Bella Astillah masih baik

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengumuman penting Bella Astillah buat peminat berdebar, rupanya gimik pelancaran konsert bersama 6 penyanyi asal Sabah

Tidak hanya itu, selepas membeli pakaian baharu, Bella dan Syed Saddiq menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti bermain besbol indoor.

Kedua-dua mereka dilihat mesra apabila Syed Saddiq memakaikan topi keledar untuk aktres berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa senang apabila melihat hubungan akrab yang terjalin antara Bella dan Syed Saddiq.

bella1 - 1

Hubungan Bella dan Syed Saddiq dilihat semakin akrab.

"Kenapa saya ulang-ulang tengok video ini sampai tersenyum-senyum, semoga bahagia selalu.

"Saya tak tahulah apa yang emosi, tengok mereka ini rasa sebak dan gembira untuk Bella," tulis netizen.

Sebelum ini, Syed Saddiq pernah bekerjasama dengan Bella dalam video muzik lagu nyanyiannya berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Hubungan mereka menjadi lebih akrab apabila digandingkan bersama untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain