BERJAYA membeli hartanah pertama pada usia 27 tahun, pelakon Mierul Aiman tidak bercadang berpindah masuk ke apartment berkenaan. Sebaliknya kata Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, dia bercadang menyewakan apartment terletak di Sepang, Selangor itu kepada penyewa. "Saya suka dengan apartment berkenaan sebagai ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang, pusat kecergasan, surau malah dari segi keselamatan ia terjamin. Mierul tidak mendabik dada berjaya memiliki rumah pertama sebaliknya perlu bekerja lebih keras. "Pada saya rumah merupakan aset dan pelaburan yang mampu memberi pulangan yang berpatutan sekiranya kita bijak menguruskannya. "Walaupun saya tidak duduk di rumah ini tetapi saya dapat cipta peluang kewangan dengan menyewanya secara tetap atau berkala seperti airbnb," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Mierul memberitahu memiliki rumah membuatkan dia mahu bekerja lebih keras pada masa hadapan kerana sedar tanggungjawabnya sudah bertambah. ARTIKEL BERKAITAN: Mierul Aiman belum terfikir sambung pengajian ijazah sarjana, mahu fokus bidang lakonan ARTIKEL BERKAITAN: Tayang badan dalam drama, Mierul Aiman sanggup buka baju kerana tuntutan skrip Jelas pelakon Projek High Council itu, dia perlu lebih bijak menguruskan kewangan agar tidak terjerat dengan masalah di kemudian hari. "Umur saya semakin meningkat dan sedar daripada sekarang saya perlu merancang kewangan saya demi masa depan. "Memiliki hartanah pertama membuatkan saya lebih bermotivasi untuk bekerja lebih keras dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam karier," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!