ISTERI pelawak Nabil Ahmad menjelaskan video memaparkan dia tidak bertudung yang dimuat naik di Instastory merupakan rakaman sebelum dia menutup aurat. Nazirah Ayub atau Zira menjelaskan Nabil sendiri yang memuat naik video tersebut di Instastory tanpa sengaja sehingga menimbulkan kekecohan ramai. “Instagramkan selalu keluar gambar lama (throwback), tapi tak tahu macam mana Nabil termuat naik tanpa sengaja. Nabil tidak tahu cara menggunakan media sosial. “Itu video lama, jadi saya enggan bercakap sebab nanti risau orang lain menambah perkara lain pula,” katanya kepada mStar. Zira berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas majlis pengumuman duta Jakel Raya di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu. Nabil sekeluarga turut dilantik menjadi duta jenama berkenaan bagi memeriahkan kempen raya untuk tahun 2025 kali ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Ujian bila sampai, jangan main-main” - Nabil Ahmad minta jaga lisan komen isu artis buka tudung, takut berbalik diri sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad sempat ajar mengucap dua kalimah syahadah, reda pemergian bapa meskipun masih terkejut Dalam pada itu, Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 42, berkata, tidak reti menggunakan media sosial menjadi punca dia tanpa sengaja memuat naik video lama isterinya tidak bertudung. “Saya tak reti dan tak tahu macam mana boleh termuat naik video lama tu. “Iyalah selama ini memang isteri yang jaga akaun media sosial,” jelasnya. Nabil sekeluarga dilantik menjadi duta Jakel. Tambah pelawak itu selepas ini dia akan lebih berhati-hati menggunakan media sosial kerana risau anak-anak terkena tempias atas kesilapan dilakukan. Untuk rekod, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 13, Layla Medyna, 10, dan Mishall Imani yang kini berusia 6 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!