suria

“Ujian bila sampai, jangan main-main” - Nabil Ahmad minta jaga lisan komen isu artis buka tudung, takut berbalik diri sendiri

Nabil seru hentikan sikap menghakimi orang lain.

REAKSI negatif dilemparkan segelintir masyarakat terhadap golongan selebriti wanita yang membuka tudung menimbulkan kebimbangan buat pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad.

Nabil atau Ahmad Nabil bin Ahmad, 40, berkata, setiap individu diuji dengan perkara berbeza merasakan orang ramai jangan cepat menjatuhkan hukum ke atas kekhilafan dilakukan mereka.

Sebaliknya Nabil menasihatkan masyarakat menjaga percakapan kerana bimbang keburukan itu berbalik kepada diri sendiri.

nabill1 - 1

Nabil tidak memandang negatif terhadap individu lain.

"Kita semua ada ujian masing-masing. Kita ada dugaan... Iman ini bukan setakat turut naik, tetapi kadang-kadang sampai boleh terkeluar daripada diri kita.

"Maknanya apabila seseorang manusia itu diuji, kita jangan mencemuhnya. Kita tidak pernah tahu jika ahli keluarga kita sendiri pun boleh berubah.

"Orang yang suka menghakimi wanita gagal istiqamah menutup aurat, jagalah percakapan kita. Jangan cepat menghakimi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok Nabil tengok anak perempuan pakai tudung, doa semoga istiqamah... "Saya dulu nakal, belajar agama pun lambat"

ARTIKEL BERKAITAN: "Real ke ni? Macam Barbie"... Netizen terkejut Masya Masyitah tanggal tudung, kongsi foto 'free hair'

Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun ke-25 radio Era yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nabil berkata, sebagai saudara Islam, kita sepatutnya mendoakan mereka yang diuji semoga kembali ke jalan yang benar dan bukannya melontarkan kata cercaan yang membuatkan seseorang itu terus hanyut.

Iman ini bukan setakat turut naik, tetapi kadang-kadang sampai boleh terkeluar daripada diri kita.

NABIL AHMAD

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

"Sebaiknya kita doakan kebaikan buat mereka agar Allah memberikan ketenangan jiwa dan hidayah untuk mereka pakai semula tudung dan menutup aurat.

"Kalau lihat pada situasi sekarang, saya jadi takut dan berdoa kita dijauhkan daripada sikap suka menghakimi orang lain.

"Ujian itu bila dia sampai, jangan main-main! Jadi, sama-samalah kita berdoa untuk kebaikan diri masing-masing," ujarnya.

nabill2 - 1

Nabil mendoakan agar anak-anaknya istiqamah dalam mempelajari agama Islam.

Sebelum ini, Nabil memaklumkan dia tidak menyangka anak sulungnya iaitu Naira Mikayla, 11, menyatakan keinginan memakai tudung.

Menurut Nabil, dia sebenarnya bimbang untuk berkongsi berita baik itu kerana takut suatu hari nanti Naira mengubah fikiran dan kembali membuka tudung.

Pun begitu, Nabil berkata, sebagai bapa dia sentiasa mendoakan agar anak perempuannya itu kekal istiqamah menutup aurat dan mendalami ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain