suria

Mierul Aiman belum terfikir sambung pengajian ijazah sarjana, mahu fokus bidang lakonan

Mierul mahu fokus pada karier seni, belum terfikir sambung ijazah sarjana.

SELEPAS berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada September tahun lalu, pelakon Mierul Aiman berkata dia belum terfikir untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Kata Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, dia mahu memberikan fokus terhadap bidang lakonan yang bari diceburi ini.

"Buat masa sekarang sepenuh hati saya hanyalah untuk bidang lakonan. Saya tak pernah terfikir untuk sambung ke peringkat ijazah sarjana.

size NP 1 (62)

Ibu bapa Mierul tidak memaksa dirinya jika tidak mahu sambung ke peringkat ijazah sarjana.

"Pendidikan keluarga saya paling tinggi pun ijazah sarjana muda, jadi itu dah kira pencapaian yang wajib untuk ahli keluarga.

"Selepas genggam ijazah sarjana muda, mereka okay sahaja jika sambung belajar atau tidak," katanya kepada mStar.

Mierul memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mierul Aiman tunai janji kepada ibu bapa, ijazah bidang kejuruteraan mekanikal kini dalam genggaman

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mierul Aiman terkejut gosip bercinta dengan cucu kenamaan, tak pernah selidik latar belakang kenalan

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Projek: High Council memberitahu dia berpuas hati dengan pencapaiannya dalam pendidikan selepas lebih lima tahun menuntut ilmu di Universiti Selangor (Unisel).

"Saya dah bertungkus lumus sepanjang lima tahun berada di Unisel, untuk mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal tu sangat susah.

"Jadi bila dah lalui proses tu tanpa ulang semula, saya dah buktikan kepada keluarga sebagai itu salah satu pencapaian saya," ujarnya.

size NP 1 (63)

Mierul merupakan graduan daripada Unisel.

Sementara itu, Mierul berkata kini tiba masanya untuk dia memberikan fokus mengembangkan kerjaya dalam dunia seni.

Malah, aktor itu bersyukur bakatnya kini sudah mendapat kepercayaan banyak pengarah dan produksi.

"Perkara pertama saya terfikir selepas Hero Remaja ialah macam mana nak yakinkan orang industri macam pengarah, penerbit, rakan lakon dan juga penonton.

"Tapi Alhamdulillah Allah memakbulkan mimpi saya. Beberapa pengarah dan produksi semakin percayakan bakat saya untuk menaikkan nama industri kita ke peringkat lebih tinggi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain