suria

Tak pakai pencuci muka, cuma guna sabun tawas… Ini rahsia kulit wajah Nina Juren cantik dan mulus

Nina dedah jalani rawatan wajah kali terakhir pada usia 26 tahun.

MENGINJAK usia 53 tahun, penampilan Datin Seri Nina Juren sering kali mendapat perhatian peminat terutama pada bahagian kulit wajahnya yang kelihatan mulus menjadi idaman setiap wanita.

Berkongsi amalan dan rutin hariannya, Nina atau nama sebenarnya Haznina Juren Haniff berkata dia tidak menggunakan sebarang produk kecantikan sebaliknya mengamalkan sabun tawas untuk membersihkan wajahnya.

"Sampai hari ini rahsia saya tiada pencuci muka... saya tak pernah beli. Saya ini pemalas sikit nak ikut setiap langkah penjagaan kulit itu.

164215199_141295764503076_8769326324394906271_n

Nina terlihat lebih muda berbanding usia sebenarnya.

"Jadi saya akan guna sabun tawas... saya guna sabun itu sahaja sehingga ke hari ini. Saya akan buang mekap saya guna tisu basah, bila dah bersih saya akan basuh muka guna sabun tawas," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nina turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyangka dia mendapatkan rawatan wajah pusat rawatan kecantikan.

"Kali terakhir saya pergi lakukan rawatan kecantikan masa usia saya 26 tahun. Saya rasa kalau pergi buat rawatan ini muka saya akan semakin teruk.

"Ia juga buatkan saya lebih kerap ke tempat itu untuk mendapatkan rawatan lain pula," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penggambaran Drama Zaman Sekarang Kelam Kabut - Nina Juren

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kenji Sawahi sedang dalami Islam, berguru dengan ‘Pak Haji’... “Kalau Tuhan izinkan”

Selain menggunakan sabun tawas, Nina juga memberitahu dia menggunakan sheet mask setiap hari untuk memastikan kulit wajahnya mendapat khasiat mencukupi.

Bukan itu sahaja, malah dia juga akan memastikan dirinya mendapatkan tidur yang cukup.

"Saya rajin pakai sheet mask... saya pakai yang biasa saja tapi letak dalam peti sejuk dan pakai hari-hari.

"Ambil masa 20 minit dan saya pakai pelbagai jenis sheet mask, bukan untuk melembap saja agar dapat pelbagai khasiat.

Lagipun kalau buat rawatan itu macam ketagih.

NINA JUREN

PELAKON

"Saya juga dapatkan tidur yang cukup... saya sentiasa pastikan sebelum tengah malam saya kena masuk bilik tidur dan berehat.

"Saya ada baca, tidur yang cukup sangat penting... tidurlah lama mana pun di siang hari, ia takkan sama dengan tidur pada waktu malam," kongsinya.

Memandangkan usianya sudah mencecah 50 tahun, Nina berkata dia mula merasai perubahan pada kulit wajahnya dan mula menitik beratkan mengenai penjagaan asas.

"Selepas Covid-19, baru saya ada pakai krim pelindung kulit wajah... saya nampak kulit saya selepas 50 tahun cepat berubah, jadi panik.

"Masa itu baru saya mula pakai sunscreen itu pun agak memilih sebab tak suka pakai yang melekit," luahnya.

298226670_1191578661410175_979279589659519463_n

Nina takut lakukan rawatan kecantikan.

Dalam pada itu, Nina juga mengakui dirinya pernah terdetik untuk mendapatkan rawatan laser atau suntikan botox bagi merawat kedutan yang dialaminya.

Namun dia bimbang untuk melakukan perkara tersebut kerana melihat kepada kesan yang dialami oleh sahabatnya yang pernah melakukan rawatan berkenaan.

"Saya teringin tapi takut sebab saya ada kawan yang buat dan tak jadi. Lagipun kalau buat rawatan itu macam ketagih... mula-mula ubah hidung kemudian ubah mulut.

"Lagipun muka dibuat ini akan nampak serupa macam yang lain.

"Kalau saya berani tentu saya nak naikkan kening sikit. Tapi saya takut, sebab sekarang ini pun saya pegang watak emak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain