suria

Mierul Aiman tunai janji kepada ibu bapa, ijazah bidang kejuruteraan mekanikal kini dalam genggaman

Mierul pernah tunda pengajian semata-mata ingin sertai Hero Remaja.

PELAKON Mierul Aiman meluahkan rasa syukur apabila penat lelahnya membuahkan hasil selepas berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada Ahad.

Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 25, berkata, kejayaan itu bukan sahaja buat diri sendiri tetapi sebagai membalas pengorbanan ibu bapanya yang sentiasa menyokong dalam karier seninya sebelum ini.

"Alhamdulillah selepas perjalanan yang panjang dan 'liar' sepanjang lima tahun termasuk peringkat asasi pada 2016 saya berjaya menamatkan pengajian di Universiti Selangor (Unisel).

375909905_2301037306746010_264582308924133656_n

Mierul pada hari konvokesyen Unisel yang diadakan pada Ahad.

"Pelbagai ujian dan cabaran akhirnya berjaya dilalui... Perasaan teruja dan sebak bila imbau kembali kenangan macam mana saya boleh berjuang mendapatkan ijazah," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebelum ini, Mierul berkongsi di Instagram miliknya yang memaparkan sekitar Majlis Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) kali ke-17 yang berlangsung di Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan dipuji tapi ramai tak tahu Mierul Aiman hampir tolak watak Ronaldo dalam ‘Imam Instant Ustazah Scammer’

ARTIKEL BERKAITAN: Mierul Aiman seronok dapat tidur bergelimpangan dengan sepupu, sembang sampai tak sedar waktu berlalu

Mengimbau kembali pahit duka menjadi seorang pelajar, pelakon drama bersiri Projek: High Council ini memberitahu dia terpaksa menunda pengajiannya kerana ingin mengejar impiannya menjadi seorang selebriti.

Dia bagaimanapun bersyukur apabila ibu bapanya memberi sokongan penuh terhadap keputusannya pada ketika itu.

"Sebelum saya masuk Hero Remaja saya berbaki satu semster lagi, saya terpaksa tunda kerana mahu fokus pada pertandingan.

Ini merupakan hadiah dan janji kepada ibu bapa saya untuk melihat saya menamatkan pelajaran.

MIERUL AIMAN

PELAKON

"Mujur kedua ibu bapa sangat memahami kerana mereka percaya, saya tidak akan hampakan impian untuk menggenggam ijazah kerana hanya berbaki satu semester sahaja lagi untuk tamat pengajian ketika itu.

"Jadi ini juga merupakan hadiah dan janji yang saya berjaya tunaikan kepada ibu bapa saya untuk melihat saya menamatkan pelajaran," luahnya.

Dalam pada itu, Mierul memaklumkan dia ketika ini ingin memberi fokus kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon meskipun pernah bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera.

377627647_966443741323653_5819706271637999837_n

Mierul mahu meneruskan karier dalam bidang seni buat masa ini.

Malah sebagai seorang selebriti, dia juga percaya ilmu memainkan peranan penting kerana membuatkan seseorang memiliki sikap yang lebih baik.

"Buat masa ini tiada lagi, saya masih lagi nak fokus dalam bidang seni. Tapi saya akan terus belajar dan belajar dalam bidang saya sekarang ini.

"Saya percaya bidang saya sekarang ini juga banyak memerlukan pengetahuan yang banyak.

"Saya juga percaya ilmu memainkan peranan penting bukan hanya di dalam dunia artis tapi dalam apa jua kerjaya kerana ia akan memastikan seseorang itu memiliki sikap yang lebih baik," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain