suria

Mierul Aiman seronok dapat tidur bergelimpangan dengan sepupu, sembang sampai tak sedar waktu berlalu

Mierul seronok bertemu saudara mara di kampung ketika hari raya.

PELAKON Mierul Aiman paling menantikan tidur bergelimpangan bersama sepupu lelakinya di ruang tamu setiap kali pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Kata Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, waktu itu digunakan untuk mereka berbual sehingga masing-masing tidak sedar waktu bergerak pantas.

"Saya paling ternanti-nantikan tidur bergelimpangan di ruang tamu. Kadang-kadang jam dah tunjuk pukul 3 pagi tapi rasa macam baru pukul 8 di kampung.

Mierul mula dikenali selepas drama Projek: High Council.

"Suasana itu seronok, kami berborak sampai tak perasan waktu berlalu," katanya.

Dalam pada itu, Mierul berkata, hari raya kali ini dia akan meneruskan tradisi memberi duit raya kepada anak saudara dan sepupunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan dipuji tapi ramai tak tahu Mierul Aiman hampir tolak watak Ronaldo dalam ‘Imam Instant Ustazah Scammer’

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai pelitup muka dan topi pun orang kenal, Mierul Aiman nikmati nama tengah popular

Malah katanya, sejak dia berusia 22 tahun lagi dia sudah mula memberi duit raya kerana mahu berkongsi rezeki dengan keluarga.

"Sejak tiga tahun lalu lagi saya sudah mula beri duit raya pada anak-anak buah dan sepupu.

"Saya rasa itu adalah rutin selain berkongsi rezeki apabila sudah ada pendapatan sendiri," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain