suria

Pakai pelitup muka dan topi pun orang kenal, Mierul Aiman nikmati nama tengah popular 

Mierul hargai setiap sokongan peminat.

POPULARITI Projek: High Council nampaknya memberi impak luar biasa kepada barisan pelakon drama bersiri berkenaan menjadi sebutan dalam kalangan peminat.

Bagi pelakon Mierul Aiman yang sinonim dengan watak Fakhri dalam siri tersebut memberitahu kehidupannya kini jauh banyak berubah apatah lagi sering menjadi buruan peminat.

Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, berkata, dia sendiri terkejut dengan sambutan hangat penonton sehinggakan dia dan barisan pelakon lain diserbu peminat ketika terlibat dalam program promosi Projek: High Council.

mierul 2

PHC mula lonjakkan nama Mierul.

"Antara satu pengalaman baru yang saya rasa sekarang apabila ada yang tegur dan panggil nama saya ketika sedang berjalan walaupun saya pakai pelitup muka dan topi.

"Bagi saya ia satu perjalanan yang indah. Bila lagi nak rasa macam ini? Saya anggap ini sebagai satu harga yang perlu dibayar apabila bergelar pelakon," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sinonim dengan ‘Projek: High Council’, Mierul Aiman beralih watak komedi

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam impak watak Kahar! Nampak ganas tapi rupanya Amir Ahnaf dulu selalu kena buli

Mierul ditemui ketika tayangan istimewa episod akhir PHC yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Di sebalik populariti yang dikecapi kini, Mierul juga sedar bahawa ia tidak akan kekal lama dan semuanya bergantung kepada hasil kerja keras menjayakan watak-watak terbaik dalam drama selepas ini.

Tambah Mierul, apa dirasai ketika ini bukan jalan mudah tetapi percaya Tuhan telah menetapkan jalan terbaik untuknya dalam mencipta nama sebagai pelakon.

Saya anggap ini sebagai satu harga yang perlu dibayar apabila bergelar pelakon

MIERUL AIMAN

PELAKON

"Soal untuk terus popular saya letakkan sepenuhnya usaha dan selebihnya ia adalah urusan Allah.

"Saya percaya pada rezeki yang telah ditetapkan malah Allah sudah tetapkan masa terbaik untuk saya capai semua ini," jelasnya.

Sebagai orang baharu dalam industri, Mierul juga tidak mahu membataskan kerjaya seni pada hanya satu genre lakonan dan sedia untuk menyahut cabaran menggalas pelbagai watak.

mierul 1

Mierul terbuka mencuba pelbagai watak dalam drama.

“Mestilah saya impikan untuk explore lebih banyak karakter dalam pelbagai genre drama,” ujarnya ringkas.

Di sebalik populariti yang dikecapi kini, Mierul juga sedar bahawa ia tidak akan kekal lama dan semuanya bergantung kepada hasil kerja keras menjayakan watak-watak terbaik dalam drama.

Tambahnya juga bukan mudah untuk dia sampai ke tahap sekarang ini dan percaya bahawa Tuhan telah menetapkan jalan terbaik untuk dia mencipta nama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain