suria

Selepas bisnes di Sabah gagal, Fauzi Nawawi beralih buka kafe

Fauzi kini mengusahakan sebuah kafe di Kuala Lumpur.

SELEPAS kegagalan bisnes rokok elektronik yang diusahakan oleh pelakon Fauzi Nawawi, aktor berkenaan tidak terus berputus asa dan kini beralih dalam perniagaan makanan.

Fauzi atau Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 50, berkata, bisnes yang dibangunkan di Sabah itu tidak mendapat sambutan dan hanya bertahan selama dua bulan.

"Selepas kedai vape saya di Sabah cuma bertahan selama dua bulan, masuk bulan ketiga saya dah tidak boleh buat apa-apa kerana menanggung rugi yang besar.

fauzi3 - 1

Kafe Boi Boi terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

"Tambah pula pada waktu itu negara dilanda pandemik Covid-19 dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, penyokong tu ada tapi kuasa membeli tu kurang.

"Saya tidak salahkan sesiapa tapi mungkin masa saya mula berniaga tu tak sesuai. Kedai saya pun tak ramai yang datang," katanya kepada mStar.

Fauzi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Kafe Boi Boi yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fauzi Nawawi tidak merajuk, bawa diri untuk bertenang... "Itu kecaman paling teruk sepanjang 25 tahun dalam industri"

ARTIKEL BERKAITAN: "Rosyam Nor bukan pesaing tapi idola" - Fauzi Nawawi

Dalam pada itu, Fauzi memberitahu dia dan rakan kongsinya, Jack mengambil keputusan untuk membuka kafe di Kuala Lumpur.

Dengan lokasi strategik di tengah kota, pengubahsuaian rumah banglo terbiar yang menelan belanja sekitar RM 600,000 itu akhirnya direalisasikan menjadi sebuah kafe.

"Bila adik Jack iaitu Jo Anne datang survey di Jalan Imbi ada rumah banglo terbiar. Jadi, kami mengambil keputusan untuk menjadikan tapak perubahan ini menjadi sebuah kafe.

Selepas kedai vape saya di Sabah cuma bertahan selama dua bulan, masuk bulan ketiga saya dah tidak boleh buat apa-apa.

FAUZI NAWAWI

PELAKON

"Waktu itu pemilik banglo pun meletakkan satu harga yang tinggi, sewa sebulan dalam RM15,000. Tapi disebabkan kesungguhan rakan kongsi saya, kami bersetuju untuk membuka kafe disini.

"Kami juga mengeluarkan kos sekitar RM 600,000 dilaburkan untuk mewujudkan kafe ini," ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Munafik 2 itu juga menjelaskan biarpun kafe yang diusahakannya ini belum mendapatkan sijil halal, namun dia memberi jaminan seluruh tenaga kerja yang digunakan adalah orang Muslim.

Kata Fauzi, proses untuk mendapatkan sijil Halal agak lama dan bagi memastikan semuanya berjalan lancar, dia telah mengikut setiap prosedur yang diberikan.

"Proses untuk mendapatkan sijil Halal memang agak makan masa.

"Tetapi sekarang ini saya memang mengikut semua prosedur dan pekerja kami juga semuanya beragama Islam dan saya tidak mengizinkan penjualan alkohol disini.

"Saya juga menyediakan surau untuk kemudahan pelanggan dan pekerja. Saya ikut semua SOP halal," jelasnya.

fauzi2 - 1

Fauzi dan Lisdawati mencuba nasib dalam membuka kafe.

Kafe Boi Boi telah dibuka pada pertengahan Januari lalu dan menampilkan seleksi menu tempatan yang semestinya mampu menarik pelanggan pelbagai bangsa.

"Harapan kami mahu menarik pelanggan pelbagai kaum. Kalau ikutkan di kawasan ini dikelilingi restoran makanan barat, jadi kami mahu tampil kelainan dengan menyajikan menu pilihan tempatan.

"Menu kafe kami juga mengetengahkan makanan-makanan tempatan termasuk makanan dari Sabah dan Sarawak, nasi lemak, bakso dan variasi roti.

"Istimewa Ramadan nanti, kami akan memperkenalkan menu Mi Ramping, iaitu masakan terbaik daripada resipi isteri saya, Lisdawati," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain