suria

Lancar produk di tengah kesibukan Bukit Bintang siap solat jemaah, Asfan Shah ambil kesempatan sebar dakwah

Asfan tampil kelainan di tengah ibu kota.

PENYANYI Asfan Shah tampil membuat kelainan apabila melancarkan produk terbaharunya iaitu minyak wangi di tengah-tengah kesibukan ibu kota di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Tidak hanya itu, pelancaran itu turut disertakan beberapa aktiviti seperti flash mob serta solat berjemaah.

Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin, 38, berkata, dia dan rakan kongsinya bukan sahaja mahu membuat kelainan tetapi mengambil kesempatan untuk menyebarkan dakwah.

"Kami terfikir untuk buat satu perkara yang lain daripada lain, kami buat satu flash mob, azan di Bukit Bintang dan solat berjemaah.

azan2 - 1

Majlis pelancaran yang diadakan di tengah Bukit Bintang.

"Alhamdulillah, tadi kita boleh nampak ramai juga yang menyertai kami. Sambil-sambil tu bolehlah kita berdakwah dan buat pelancaran produk terbaharu kami," katanya kepada mStar.

Asfan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran produk wangian Deep Faith x Asfan Shah yang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan Covid-19 titik perubahan Asfan Shah dalami agama, pasang impian dakwah ke luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Asfan Shah rupanya fobia naik lif, sanggup panjat tangga bangunan tinggi... "Takut benda itu berulang!"

Ditanya tentang persepsi yang bakal diterima dari orang ramai, Asfan tidak mahu mengambil pusing tentang pandangan masyarkat, sebaliknya hanya berniat untuk melakukan kebaikan.

Penyanyi lagu Alasan Untuk Bahagia itu juga memberitahu peluang ini diambil sempena menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

"Sebenarnya bila kita nak buat perkara ini, kami dah berfikir akan ada orang yang suka dan tidak suka.

azan1 - 1

Solat jemaah yang disertai sekitar 30 orang.

"Kalau kita nak fikir pandangan orang, sampai bila-bila pun tak ke mana. Apa yang saya tahu, kami sudah pun sampaikan kebaikan, itu motif utama kami.

"Kami juga buat satu kempen sempena menyambut Ramadan dan berharap agar tahun ini Ramadan kita lebih mantap daripada sebelum ini," ujarnya.

Selain Asfan, majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh barisan artis popular termasuk Aliff Aziz, Saharul Ridzwan dan Yusuf Bahrin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain