suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asfan Shah rupanya fobia naik lif, sanggup panjat tangga bangunan tinggi… “Takut benda itu berulang!”

PENYANYI Asfan Shah mendedahkan dia trauma untuk menggunakan kemudahan lif terutamanya di kawasan bangunan tinggi.

Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 36, memberitahu sudah lama dia berdepan ketakutan itu dan hingga kini masih belum berjumpa dengan doktor bagi mengubati masalah trauma ini.

“Sebenarnya ramai yang dah tahu saya memang takut untuk naik lif sebab pernah terjadi insiden tersangkut dalam lif tingkat tiga belas pada pukul dua pagi sewaktu zaman belajar dahulu.

“Keadaan pada ketika itu memang tidak dapat saya bayangkan dan terus jadi trauma sehingga sekarang ini dan kalau tempat yang benar-benar tinggi dan memerlukan saya untuk naik lif, jadi perlu tutup mata.

“Setakat ini saya belum berjumpa dengan mana-mana doktor lagi cuma saya berserah dan tawakal kepada tuhan saja dan yakin pada diri saja,” kata Asfan kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi