suria

Andi Bernadee sudah penat layan kontroversi, enggan terlalu terbuka kongsi hal peribadi… “Sampai bila nak orang maki?”

PENYANYI Andi Bernadee memberitahu dia kini lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan tidak mahu terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi.

Andi atau nama sebenar Andi Azrul Andi Mapangile, 31, berkata keputusan itu dibuat kerana mahu menjaga privasi diri serta bimbang menjadi mangsa penipuan untuk kali kedua.

“Saya sebenarnya belajar daripada pengalaman yang terjadi sebelum ini sebab dulu memang kerap saya kongsikan di media sosial, jadi ada pula yang mengambil kesempatan terhadap saya.

“Daripada tahun 2021 lagi memang saya sudah perlahankan sedikit aktiviti media sosial dan enggan terlalu mendedahkan kehidupan peribadi.

“Kalau dulu mungkin orang tengok saya suka buat konten tapi macam sekarang ini saya ada kehidupan yang lebih seronok dan tak perlu rasanya nak dedahkan kepada umum,” kata Andi kepada mStar.

Untuk rekod, Andi Bernadee pernah ditipu oleh rakan baiknya sehingga menyebabkan dia kerugian hampir RM70,000 pada tahun 2021.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi