suria

Bagi laluan BBNU, Alyah teroka bidang perniagaan sebagai persediaan masa depan… “Umur bukan sentiasa muda”

PENYANYI Datin Alyah mahu fokus menghasilkan lagu yang mampu beri impak positif kepada masyarakat.

Kata Alyah atau nama sebenar Noor Hasliah Abu Hassan, 41, ini kerana dia pernah merasai detik kejatuhan dalam kehidupan peribadi serta kerjaya sebelum ini.

“Sebab saya pernah jatuh dari segi kehidupan saya dan juga kerjaya saya.

“Saya pernah duduk dalam keadaan paling rendah dan saya tahu perkara macam itu perlukan sokongan.

“Kadang-kadang sokongan tu bukanlah kawan call, belanja makan kadang-kadang kita buka telefon dengar lagu tu pun kita boleh bangkit kembali,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Datin Alyah berjaya membawa pulang anugerah Lagu Nasyid Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 23 menerusi lagu Thank You Allah.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi