suria

Dua tahun henti perniagaan burger bakar, Maya Karin rancang kembali operasi… “Terkejut! Sampai ke Sabah orang tanya”

PELAKON Maya Karin memberitahu bakal menyambung semula perniagaan makanan iaitu burger bakar pada hujung tahun ini.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 42, berkata niat untuk menyambung semula perniagaan itu setelah mendapat permintaan daripada pembeli yang menggemari burger istimewanya itu.

“Ya, saya berharap dalam hujung tahun ini mungkin akan mulakan kembali perniagaan burger bakar itu, sebelum ini saya berehat sekejap sebab nak susun perancangan yang lebih rapi.

“Pada mulanya sekadar main-main sahaja tetapi secara tiba-tiba mendapat sambutan meletup pula, tak sangka sebab hanya buat sekadar hobi.

“Ramai yang bertanya kepada saya dan minta untuk teruskan perniagaan ini sampai ada yang nak tawarkan saya untuk berikan ruang meniaga secara percuma,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Maya turut memberitahu dia akan kembali aktif semula dalam industri hiburan tanah air.

“Saya agak rindu untuk jadi pengacara tetapi untuk karier lakonan mungkin akan kekal pada filem sahaja.

“Setakat ini saya belum lagi mula bekerja untuk mana-mana stesen televisyen tapi ia tidak menjadi masalah kerana peminat masih menyokong saya,” jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi