suria

Rezeki sertai Gegar Vaganza, Asheed (Def Gab C) tidak tergugat saingan penyanyi lain… “Saya tak pandang nombor”

VOKALIS kumpulan Def Gab C iaitu Asheed berkata penyertaannya dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) merupakan salah satu rezeki daripada Allah SWT.

Kata Asheed, dia melihat GV9 sebagai ruang untuknya berkarya dan bukan sekadar satu pertandingan nyanyian semata-mata.

“Apa yang penting adalah berkarya, walaupun GV9 adalah pertandingan tapi sebenarnya setiap minggu kita mahu buat persembahan lebih baik.

“Dengan juri-juri yang akan beri tunjuk ajar itu boleh meningkatkan mutu nyanyian kita.

“Saya tak nampak GV9 sebagai satu pertandingan,” katanya kepada mStar.

Asheed bakal bersaing bersama bintang GV9 lain seperti Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof, Kumpulan VE dan ramai lagi bermula pada 18 September di saluran Astro Ria.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi