suria

Jauh datang dari Indonesia! Zinidin Zidan ikut trend cover lagu 90-an macam Raffa Affar, impi duet dengan Ezad Lazim

POPULAR selepas menyanyikan semula lagu Mengintai Dari Tirai Kamar dendangan asal Exists, penyanyi seberang Zinidin Zidan mengakui tidak sabar untuk berduet dengan idolanya iaitu Ezad Lazim.

Kata Zidan, impiannya untuk berduet dengan Ezad bakal tercapai apabila mereka berdua bakal berkongsi pentas dalam satu persembahan tidak lama lagi.

“Alhamdulilah pada 23 Oktober ini impian saya untuk berduet dengan Ezad Lazim daripada Exists akan tercapai.

“Saya gementar dan gugup sebenarnya sebab akan menyanyi bersama Ezad.

“Sejujurnya saya juga teringin untuk bertemu dengan pencipta lagu ini iaitu Saari Amri,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod lagu Tiara yang dinyanyikan semula oleh Zidan di YouTube telah mencecah lebih 1.4 juta tontonan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi