suria

“Dia sanggup dibedah sana-sini” - Achey terharu pengorbanan isteri jalani rawatan IVF, usaha cepat dapat zuriat

PELAWAK Achey Bocey berkata dia terpaksa berulang alik ke Johor untuk menziarah isterinya Nor Hasanah Yahaya yang sedang menjalani rawatan kaedah pensenyawaan invitro (IVF) di sebuah pusat perubatan di negeri itu.

Achey atau nama sebenarnya Nasir Hamzah, 36, memberitahu keadaan kesihatan isterinya beransur pulih selepas menjalani pembedahan

membuang tiub fallopian pada 18 Ogos lalu.

“Saya ulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan sudah menjadi rutin yang perlu saya lakukan selama dua bulan setengah kerana isteri berada disana.

“Keadaan isteri saya sekarang semuanya okay cuma dia ada mengalami sedikit pendarahan dan perlu jumpa doktor dalam masa terdekat ini.

“Ini adalah pengorbanan yang perlu saya lakukan cuma yang saya dapat rasakan sedikit kepenatan apabila terpaksa ambil alih tugas isteri dirumah.

“Sekarang baru saya tahu betapa sukarnya menjadi suri rumah,” kata Achey kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi