suria

Lagu 90-an kembali hit! Arrow buat ‘comeback’, cari strategi baharu pikat hati generasi muda… “Kena terbuka tak boleh macam dulu”

KUMPULAN Arrow mendedahkan mereka mahu kembali aktif dalam industri muzik setelah mendapat permintaan tinggi daripada peminat.

Menurut vokalis kumpulan Arrow iaitu Renggo, mereka akan mengadakan konsert pertama untuk peminat yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Ya memang betul! Kami akan buat comeback dan road show pada bulan Oktober cuma sekarang ini masih dalam perancangan untuk pemilihan lokasi.

“Kami juga akan memilih beberapa orang artis yang sesuai untuk turut serta dalam showcase ini, tidak kira sama artis baharu atau lama kerana yang paling penting adalah chemistry dengan kumpulan Arrow.

“Sebab kalau nak bawa artis kawan-kawan ni kena satu kepala kan, tapi insyaAllah kami akan cuba buat yang terbaik dalam saki baki umur yang tinggal ini untuk peminat,” kata Renggo kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi