suria

Selepas tular nyanyian spontan, impian Ayish Malkan sepentas dengan Ziana Zain tercapai… “Macam mimpi duet bersama diva”

IMPIAN Ayish Malkan untuk membuat persembahan sepentas bersama idolanya iaitu Ziana Zain akhirnya tercapai.

Kata Ayish atau nama sebenar Farah Muarfah, 25, di terharu apabila stesen radio Suria FM merealisasikan impiannya itu selepas rakaman video nyanyian spontannya semasa Jelajah 90 Suria di Kuantan, Pahang awal bulan lalu menjadi tular di media sosial.

Kata Ayish, sejurus menerima panggilan telefon daripada pihak penganjur, dia menangis kerana tidak percaya penyanyi senior itu sudi berkongsi pentas bersamanya.

“Selepas dapat jemputan tu, saya terus menangis sebab terharu tak sangka diva Ziana Zain terima untuk berduet dengan saya.

“Bila dapat satu pentas dengan Kak Ziana, memang rasa impian selama ini tercapai... rasa bersyukur sangat dan saya anggap ini adalah hadiah paling besar buat Ayish pada tahun ini,” katanya kepada mStar.

Ayish yang berduet bersama Ziana Zain menerusi lagu Bersama Akhirnya di IOI City Mall Putrajaya Sabtu lalu berkata dia turut menerima nasihat daripada penyanyi senior itu.

“Kak Ziana ada pesan, kalau nak menyanyi, menyanyi sungguh-sungguh... jangan buat tu hanya saja-saja, jadikan menyanyi ini satu kerjaya.

“Kalau ada artis senior yang sudi untuk beri tunjuk ajar kepada saya... saya sangat berbesar hati.

“Saya dah ready sebab saya memang nak jadi penyanyi,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi