suria

“Sepatutnya tak boleh pakai nama itu lagi” - Selepas 3 tahun gerak solo, Muss masih belum bertentang mata dengan ahli kumpulan May

PENYANYI Muss mendedahkan sehingga kini masih ada lagi penganjur konsert menggunakan nama kumpulan lamanya iaitu May untuk tujuan promosi.

Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 54, meminta mana-mana penganjur persembahan selepas ini tidak lagi mengaitkan namanya dengan kumpulan berkenaan.

“Sepatutnya saya tidak boleh menggunakan nama Mus May itu lagi kerana sudah bergerak solo tapi kadang-kadang pihak penganjur ada yang guna nama May untuk anjurkan konsert.

“Mungkin ada yang terlupa atau terpaksa atas gunakan nama May itu tujuan komersial bagi menarik pengunjung.

“Saya sarankan untuk selepas ini agar gunakan nama Muss sahaja dan rasanya ramai pihak penganjur yang sedar perkara ini, tapi sekiranya ada pihak masih gunakan nama itu saya tidak boleh buat apa-apa” kata Muss kepada mStar.

Untuk rekod, Muss mengambil keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan May pada Januari 2019 selepas mengambil kira keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi