suria

“Sampai makan hati…” - Mamat Sepah rindu kenangan bersama Jep dan Shuib, cuma belum ada masa bertemu

PELAWAK Mamat Sepah mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas lawak bersama dua rakan baiknya iaitu Jep dan Shuib.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berkata mereka masih menjalin hubungan baik dan tidak menolak membuat persembahan bersama satu hari nanti.

“Sebenarnya kami baik cuma waktu tidak mengizinkan untuk berjumpa sehingga Jep tu makan hati dengan saya kerana terpaksa tolak perlawaan untuk berjumpa atas faktor kekangan masa walaupun dia berdekatan dengan rumah saya.

“Buat masa sekarang ini biar mereka beri komitmen dengan program Sepahtu dulu... saya pula fokus kepada kerja hakiki, kadang-kadang rasa bersalah dengan Jep.

“Buat masa sekarang ini untuk bersama kembali memang tidak boleh atas faktor masa tapi saya minta kepada peminat... apa-apa pun doakan manalah tahu satu hari nanti kami akan disatukan atas pentas lain pula,” kata Mamat kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi