suria

Orang Johor ‘sporting’ habis! Ribuan hadir meriahkan Jelajah 90 Suria… Ada kejutan di lokasi akhir Sabtu ini

SIRI Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell anjuran Suria FM menerima sambutan hebat pengunjung untuk lokasi ketiga bertempat di Paradigm Mall, Johor Bahru pada Sabtu lalu.

Pelbagai aktiviti telah diadakan dan sudah pasti persembahan daripada barisan penyanyi terkenal seperti Yonnyboii, Siti Nordiana, Nabila Razali, Renggo Arrow, Floor88, Boboy dan Zamani yang paling ditunggu-tunggu.

Menurut Pengurus Kanan Suria FM iaitu Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, Suria tidak menyangka sambutan yang diberikan oleh warga Johor amat menggalakan dan begitu meriah sekali.

“Kami datang rehearsal pagi tadi seawal 10 pagi dan ada pengunjung sudah hadir, bila ditanya ada yang berkata datang daripada Batu Pahat, Muar, Kluang... jadi saya agak tergamam tapi bersyukur kerana tidak sangka sambutan yang luar biasa kerana dapat melihat lautan manusia.

“Terima kasih kepada bangsa Johor, orang selatan, Negeri Sembilan, Melaka yang sudi hadir memeriahkan Konsert Jelajah 90 Suria walaupun bersesak di luar,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, DJ Lin turut memberitahu akan membuat satu pengumuman tergempar di lokasi terakhir Jelajah 90 Suria iaitu di IOI Mall, Putrajaya pada Sabtu ini.

“Untuk lokasi terakhir di IOI Mall, Putrajaya pada 27 Ogos ini, kami akan membuat satu pengumuman besar sewaktu berlangsung acara, sama-sama kita nantikan untuk hilangkan debaran pada Sabtu ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi