suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demam tak kebah, Azlee Senario susah hati tengok isteri sakit sejak 5 hari lalu… mohon doa peminat!

PELAWAK Azlee Senario meluahkan kebimbangan mengenai keadaan isterinya iaitu Aslinda Ayob yang kini berada dalam keadaan kurang sihat serta demam sejak lima hari lalu.

Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar berkata, isterinya terlantar sakit dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja harian di rumah.

“Saya minta kepada semua rakyat Malaysia mendoakan agar isteri saya kembali sembuh seperti sedia kala.

“Sebenarnya saya terkejut kerana mulanya dia hanya kata demam biasa, sepanjang lima hari saya hanya beri dia ubat sahaja dan hari ini saya mengambil keputusan untuk bawa berjumpa doktor kerana risau melihat keadaannya.

“Doktor sudah mengambil ujian darah dan kena tunggu keputusan dalam beberapa hari lagi, saya harap sangat bukan penyakit yang berbahaya,” kata Azlee kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi