suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alif Satar puas hati drama ‘Risik Pada Hati’ jadi sebutan penonton, terhibur ramai guna sound video di TikTok

GARA-GARA babak menceraikan watak Hayfa dalam drama Risik Pada Hati, pelakon Alif Satar menerima kecaman penonton.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 32, bagaimanapun berkata kecaman daripada penonton itu membuktikan dia berjaya membawa watak yang dilakonkan dengan baik.

“Alif selalu memilih bila mahu berlakon dalam sesebuah drama dan saya cuma berlakon drama setahun sekali bergantung pada skrip.

“Bila dapat skrip daripada pasukan produksi dan dapat partner Ummi Nazeera dan Zara Zya saya tak boleh nak tolak.

“Jadi bila berlakon orang kecam tu rasa bestlah maksudnya menjadi watak yang saya lakonkan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Alif merupakan rakan kongsi bagi Konsert Hausboom Muzik 2022 yang bakal dihangatkan dengan persembahan daripada Wings, Joe Flizzow, Bunkface, Hujan, Masdo dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi