suria

Tiada bakat tapi popular, Taufiq Hanafi minta jangan sia-siakan peluang

PELAKON Taufiq Hanafi berharap dia dapat dikenali sebagai aktor versatil dan bukan disebabkan terpalit dengan isu kontroversi.

Taufiq atau Mohd Taufiq Hanafi, 31, berkata, dia enggan dikenali dengan kisah-kisah kontroversi kerana ingin menjaga nama baik sendiri dan keluarga.

"Orang kata apabila ada kontroversi nama akan lebih naik, tapi seboleh-bolehnya saya tak mahu ada isu dan biarlah dikenali kerana karya dan lakonan saya.

"Kalau ada kontroversi mungkin keluarga dan orang sekeliling saya akan terpalit sama," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun kata Taufiq, sekiranya watak yang dibawa dalam sesebuah drama menjadi kontroversi ia adalah kerana lakonannya berkesan.

"Sekiranya mahu cipta kontroversi, mungkin menerusi watak lakonan sahaja seperti watak homeseksual ke itu tak apa,' katanya.

Dalam pada itu, Taufiq turut menyarankan pelakon baharu yang popular untuk menimba ilmu supaya memantapkan lagi mutu lakonan.

"saya tak kata yang saya sudah berpengalaman tetapi buat pelakon baharu, teruskan timba ilmu jika ada peluang kerana masih ramai ingin mengisi tempat anda," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi